Jumaat, 14 Jun 2013

GERAK SAHUR 2013

Alhamdulillah ,kedatangan bulan ramadhan sudah kembali....seperti biasa,Setiap tahun DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SIK,ambil tangungjawab anjurkan Program Ini,bersama pemuda cawangan seluruh kawasan sik...membantu fakir miskin...dengan INI  kami memerlukan sumbangan anda............

Khamis, 13 Jun 2013

mai kita pakat-pakat perkukuhkan kembali saf perjuangan kita di kedah ni....pru 14 kita tawan balik kedah,insyaallah...

PAS kedah fokus penyusunan semula parti

Hazayani Zakaria,13 Jun 2013
KUALA LUMPUR: PAS Kedah sedang memberi tumpuan kepada persiapan mesyuarat agung tahunan di peringkat cawangan dan kawasan yang tentunya akan memberi fokus kepada penyusunan semula parti di semua peringkat.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, setiap cawangan dan kawasan akan menyusun semula jawatankuasa memandangkan tahun ini merupakan tahun pemilihan.

"Tahun ini tahun pemilihan jadi mungkin akan ada perubahan kepimpinan di cawangan dan kawasan.

"Mesyuarat agung di peringkat cawangan dan kawasan akan selesai pada September ini dan fokusnya sudah tentulah kepada penyusunan semula parti," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Bagi peringkat PAS cawangan, tarikh yang ditetapkan bagi mengadakan mesyuarat agung tahunan adalah bermula 25 Mei sehingga 15 Julai manakala peringkat kawasan pula 12 Ogos hingga 30 September.

Peringkat dewan-dewan negeri pula, tarikh muktamar tahunan yang ditetapkan adalah bermula 1 hingga 31 Oktober ini.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga, PAS Kedah akan mengadakan pertemuan dengan jentera parti yang baru bagi mengumpulkan idea untuk memantapan gerak kerja PAS di negeri itu.

"Selesai semua mesyuarat agung, kita akan adakan pertemuan untuk sesi sumbang saran idea-idea baru bagi PAS Kedah," katanya.

Tambah beliau juga, mesyuarat agung juga akan membincangkan post mortem kekalahan PAS di Kedah.

Bagamanapun katanya, keputusan keseluruhan post mortem akan diketahui dalam masa empat bulan lagi selepas jawatankuasa post-mortem pilihan raya peringkat negeri ditubuhkan Mei lalu.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Timbalan Yang Di-Pertua (YDP) PAS Sg. Petani Sobri Osman manakala timbalannya Dr Hayati Othman yang juga Timbalan YDP PAS Pendang.

video foto forum perdana isra'&mikraj....pusat santuni rakyat(psr)..

video

Rabu, 12 Jun 2013

KOMPLEKS PAS KAWASAN SIK

KOMPLEKS PAS KAWASAN SIK,terletak di kg sungai pau...DENGAN ADANYA( PEJABAT YDP PAS KAW.SIK), (PEJABAT PUSAT SANTUNI RAKYAT (PSR) )--(PEJABAT DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SIK) ..(DEWAN BADMITON)

foto FORUM PERDANA IsRA' & MIKRAJ - Anjuran Pusat Santuni Rakyat (PSR) Dewan Pemuda PAS Kawasan SIK

Tengah menjamu selera -YB ust.ahmad yahya,ust.ahmad tarmizi,ust.subky,ust izzat & shukri (SU DPPKS)
ORANG TANGKAP GAMBAR PUN,x perasan...ni AJK DPPKS
forum dimula dgn bacaan ayat al-quran

ahli panel forum...YB ust.ahmad yahya (adun alor mengkudu/ketua dppnk) , ust izzat hambali (penceramah bebas) , ust.abu bakar bakalani (tim.ydp pas kawasan sik/bekas calon pas n23 belantik) , moderator .,ust ahmad tarmizi sulaiman (bekas calon pas n24 jeneri/ketua penerangan dppks)
turut hadir tuan guru hj zakaria ahmad (pondok ampang,jeneri)


SELAMAT MENYAMBUT ISRA' & MIKRAJ