Khamis, 30 Julai 2009
KIBAS LAMBANG PENGORBANAN - SU DPPKS
Rabu, 29 Julai 2009
Mai Pulak Noh.....Sembahyang dulu!....
Isnin, 27 Julai 2009
Sekolah Agama Rakyat (SAR) belum terbela?
Ahad, 26 Julai 2009
Umang-Umang (Minda Ketua Pemuda)
1. Rehlah adalah sebahagian dari ekspidisi yang mempunyai pelbagai aktiviti menarik . Apatah lagi ianya diatur dan disusun oleh insan yang berjuang , mencari ruang dan medan mendekati diri kepada Allah swt Tuhan yang Maha Mencipta .
2. Rehlah seperti ini biasanya disebut Rehlah Tarbawi . Selain menyatu diri dengan keindahan alam semesta , meredakan ketegangan saraf yang hampir kejang setelah bergelut di medan guna mempertahankan Islam dan usaha mendaulatkannya , rehlah ini juga menenangkan minda dan mendamaikan jiwa .
3. Lebih bermakna apabila rehlah disertai oleh rakan seperjuangan . Saling memahami malah saling melengkapi . Perkara benar disokong dan dibantu sementara perkara salah , tanpa silu diperbetul dan dipandu . Indah ! sungguh indah dunia ini andai semuanya adalah sahabat seperjuangan kita .
4. Tapi realitinya tidaklah sebagaimana apa yang saya sebutkan tadi . Ada sahabat yang bersedia menjadi sahabat kita tanpa mengira suka atau dukanya . Saat perlu ia hadhir , saat buntu ia mampir . Susah kita resah dia , sakit kita letih dia , sukar kita payah dia , senang kita tenang dia , bahagia kita gembira dia . Demikianlah indahnya bersahabat .
Jumaat, 24 Julai 2009
SAMBUTAN JUBLI PERAK PLATFORM SATUKAN RAKYAT SIK
Sambutan Jubli Perak Pas Kawasan Sik adalah bertujuan untuk menyatukan seluruh rakyat sik tanpa mengira latar belakang agama, fahaman politik atau keturunan.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik, Sdr. Mohd Nasri Bin Muarat kepada pemudasikdaily, " Program ini dianjurkan atas kerjasama Pas Kawasan Sik, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Pas Kawasan Sik sempena 25 tahun penubuhan pas di kawasan Sik".
"Menjadi hasrat dan harapan pemuda mudah-mudahan program ini menjadi simbol penyatuan kepada seluruh rakyat Sik" katanya yang mengalu-alukan sokongan daripada semua pihak untuk menjayakan program ini.
Rabu, 22 Julai 2009
Pasar Malam Model Islam di Sik - Pegawai Daerah SIik
Isnin, 20 Julai 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH DIGESA SELESAI ISU KONSERT 60-AN FESTIVAL KEDAH SEJAHTERA
Sabtu, 18 Julai 2009
JAMBORI AMAL SIK SEMAI SEMANGAT JIHAD - PENGARAH UNIT AMAL SIK
Program Jambori Amal Sik anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik 2009 yang berlangsung pada 16, 17 dan 18 Julai 2009 baru-baru ini telah berhasil membentuk semangat jihad yang tinggi di kalangan pemuda-pemuda Sik untuk mempertahankan kemuliaan Islam.
Menurut pengarah Unit Amal Sik Sdr. Najib Ahmad, program ini dihadiri hampir 50 pemuda daripada seluruh sik dan mendapat perhatian menggalakan daripada penduduk berdekatan tapak kem di Kg. Chepir, Sik, Kedah. " Tujuan program ini adalah bertujuan mengaktifkan semula Unit Amal Sik dan meningkatkan tahap persaudaraan dan cintakan Islam yang tinggi di kalangan peserta telah berjaya dicapai", katanya kepada pemudasikdaily. " Apa yang penting kita nak semaikan semangat jihad kepada pemuda-pemuda ini," katanya lagi.
Beliau seterusnya menyatakan program ini akan diadakan secara berkala dan bersiri dari masa ke semasa.
Warkah Anak Perantau
Habisnya Tempoh Berbulan Madu
Jumaat, 17 Julai 2009
ISU BABI: SYARIKAT MULTINASIONAL DAN DEWAN ULAMA PAS DIHARAP BANTU KERAJAAN KEDAH - Ketua Penerangan
Rabu, 15 Julai 2009
Nasarudin Tantawi dicabar Bedebat
Ahad, 12 Julai 2009
PAS Kawasan Sik Sambut Jubli Perak.
PAS Kawasan Sik akan menyambut Jubli Peraknya pada 30 Julai sehingga 02 Ogos 2009 di Dataran Kompleks PAS Kawasan Sik, Kampung Sungai Pau, Sik Kedah Darulaman.
Rabu, 8 Julai 2009
TINDAKAN MBAS MEROBOH RUMAH PENYEMBELIHAN KHINZIR MENGAMBIL KIRA KEPENTINGAN SELURUH MASYARAKAT DAN MENGIKUT UNDANG-UNDANG.
Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik 6 hb Julai 2009
Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik (DPPKS) menyokong tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) meroboh rumah penyembelihan babi di Kampung Berjaya , Alor Setar untuk di tempatkan ke kawasan yang lebih sesuai kerana ianya mengambil kira kepentingan seluruh masyarakat tanpa mengira kelompok atau individu tertentu.
Dari maklumat yang dikumpul , bantahan dan aduan penduduk disekitar kawasan itu seperti Kampung Teluk Yan dan pengguna pasar awam yang berada di sebelahan Kampung Berjaya telah lama dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Malah pencemaran alam samada bau busuk dan pengaliran sisa sembelihan yang kotor berpunca dari rumah sembelihan tersebut telah berlarutan lebih dari 30 tahun. Keadaan ini telah mengganggu keselesaan kehidupan lebih 1000 penduduk disekitar kawasan tersebut.
Bantahan dari pengusaha dengan alasan pihak berkuasa hanya memberi tempoh yang singkat iaitu satu bulan untuk berpindah , tidak dapat diterima kerana rumah penyembelihan itu berada di atas tanah kerajaan serta arahan untuk berpindah telah dikeluarkan sejak 14 tahun yang lalu apabila Majlis Perbandaran Kota Setar ketika itu telah memberi notis pindah kepada pengusaha rumah sembelihan tersebut pada tahun 1995 lagi. Ini bermakna ia telah beroperasi secara haram lebih dari 14 tahun.
Kami juga berpendapat dengan keadaaan pembangunan dan penempatan penduduk yang semakin padat disekitar rumah penyembelihan itu maka adalah tidak sesuai lagi ianya beroperasi di kawasan itu.
DPPKS kesal kenapa tindakan MBAS yang mengikut undang-undang dan peraturan serta jelas untuk kebaikan seluruh masyarakat tidak dihormati oleh pihak tertentu sehingga membawa kepada krisis yang bersifat kepentingan politik kepartian yang sempit.
Jika sikap kedegilan dan kegopohan diutamakan dalam sebarang tindakan demi untuk menunjukkan kuasa dan tekanan politik dan tidak mahu patuh kepada undang-undang maka DPPKS menegaskan pihak yang berkaitan tidak perlu mendakwa diri sebagai pejuang rakyat.
DPPKS amat kesal terhadap kaedah konfrontasi yang ditunjuk oleh pihak tertentu untuk menangani masalah ini serta mengaitkan isu lain yang tidak benar dengan niat yang tidak baik untuk mengapikan sensitiviti diatara kaum dan memburukan imej kerajaan negeri Kedah. Pihak ahli politik yang terlalu ghairah untuk mempertahankan kepentingan segelintir pengusaha rumah sembelihan babi tetapi memangsakan nasib ribuan orang ramai adalah amat menyalahi prinsip perjuangan mereka selama ini.
DPPKS menegaskan bahawa pihak penternak dan pengusaha rumah penyembelihan babi mesti mematuhi peraturan kerana ia bukan sahaja melibatkan sensitiviti penduduk Islam malah menjadi punca pencemaran bau busuk serta najis yang menjejaskan kesihatan dan alam sekitar penduduk.
Kami menyokong sikap tegas pihak MBAS dan mengesa pihak kerajaan negeri Kedah mengenal pasti kawasan yang paling sesuai untuk memindahkan semua rumah sembelihan dan mengambil kira segala aspek termasuk pandangan penduduk, kesan alam sekitar dan sosial sebelum meluluskan sesuatu kawasan untuk menempatkan rumah sembelihan babi agar ia tidak lagi menjadi polemik dan ketidaktenteraman dikalangan masyarakat kita yang berbilang kaum.
DPPKS yakin bahawa kerajaan negeri Kedah dibawah pimpinan YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dengan penuh hikmah dan bijaksana dapat menangani isu ini sebaik mungkin dengan berpaksikan slogan‘ Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’.
Badrul Hisham bin Abdul Rahman
Ketua DPPKS