Jumaat, 24 Julai 2009

SAMBUTAN JUBLI PERAK PLATFORM SATUKAN RAKYAT SIK

Sambutan Jubli Perak Pas Kawasan Sik adalah bertujuan untuk menyatukan seluruh rakyat sik tanpa mengira latar belakang agama, fahaman politik atau keturunan. Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik, Sdr. Mohd Nasri Bin Muarat kepada pemudasikdaily, " Program ini dianjurkan atas kerjasama Pas Kawasan Sik, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Pas Kawasan Sik sempena 25 tahun penubuhan pas di kawasan Sik". "Menjadi hasrat dan harapan pemuda mudah-mudahan program ini menjadi simbol penyatuan kepada seluruh rakyat Sik" katanya yang mengalu-alukan sokongan daripada semua pihak untuk menjayakan program ini.
2009-07-25_010326.jpg (image)

1 ulasan:

pemuda nami berkata...

Tahniah saya ucapkan kepada PAS Kawasan Sik karana telah berjaya menganjurkan sambutan Jubli Perak PAS Kawasan Sik..
Satu program yang besar ertinya kepada PAS Kawasan Sik, termasuk Pemuda, Muslimat dan seluruh ahli PAS Kawasan Sik..
CUMA unit promosi program macam tak berjalan..tidak banyak orang Sik yang tahu mengenai Program Jubli Perak yang akan berlangsung pada satu hari lagi..Hanya di peringkat pimpinan dan orang-orang di sekeliling SG PAU sahaja yang gah bercakap tentang program Jubli Perak..Orang Nami, Belantik, Danglau tak tau apa pun...
LOGO Jubli perak juga amat menarik,
melambangkan PAS, KEADILAN DAN DAP (KALAU ITU YANG SAYA PAHAM)..menunjukan berpadunya Pakatan Rakyat di sik...Penceramah juga di jemput dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Umum Keadilan DSAI, tapi tak terdapat wakil dari DAP...DAP Sik juga bertanyakan tentang tercicirnya Wakil DAP dalam program Jubli Perak PAS Sik..
Kenapa di tinggalkan DAP, apakata pimpinan DAP bila ADIL di jemput? INI macam menunjukan ada kesalahfahaman di antara pimpinan Pakatan Rakyat di Sik..
Kepada Pimpinan PAS Sik, saya mewakili DAP Sik (banyak kawan-kawan saya cina DAP Sik) yang menyokong PAS waktu PRU ke 12 yang lalu, meminta kepada PAS Kawasan Sik untuk lebih berhati-hati apabila menganjurkan program yang besar yang berLOGOkan tiga PARTI..

Kepada Pengarah Program, TAHNIAH di ucapkan...

pemuda nami