Khamis, 2 Julai 2009

Che'Gu Bard istihar batal semua kerjasama dengan Dewan Pemuda PAS

Beberapa perkara perlu diberikan perhatian dalam isu memastikan kelansungan kekuatan Pakatan Rakyat. Pimpinan DAP Pusat seharusnya mengambil tindakan terhadap pimpinan DAP Kedah yang terlibat membuat kenyataan terbuka di media tanpa perbincangan yang sempurna dalam Majlis Pakatan Rakyat. Semua tindakan yang melibatkan dasar harus dibuat diperingkat pusat. Tindakan Ketua Pemuda PAS membuat pertemuan 'rasmi' dan 'terbuka' dengan Pemuda Umno dilihat sebagai usaha terkebelakang dalam memastikan kekuatan pakatan. Nampaknya ada kalangan pimpinan PAS seolah tidak memahami isyarat keputusan Pilihanraya Umum lalu. Mereka juga terus menerus melakukan tindakan memberikan 'talian hayat' kepada Umno - Bn yang makin melemah. Ini mungkin berlaku kerana banyak alasan, namun alasan - alasan tersebut ialah alasan dangkal yang ingin menghalalkan tindakan mereka semata - mata demi kepentingan kelompok tertentu sahaja. Jika dakwaan ini salah sila jawab apa yang berlaku apabila rakyat menolak Bn di Selangor tetapi sebaliknya ada pimpinan PAS yang duduk berbincang dengan Bn dengan membawa kemungkinan membentuk kerajaan campuran PAS-Umno di Selangor, tetapi akhirnya gagal kerana dua - dua pihak berkeras hendak jadi Menteri Besar..... Sila jawab dakwaan terbuka Tuan Guru Ust. Hj Ahmad Awang yang menyatakan ada pimpinan PAS Pusat yang menghubungi beliau meminta pertimbangan semula agar diadakan pakatan Umno - Pas dalam membentuk kerajaan Perak. che'GuBard dengan ini selaku anak muda yang bergelumang dengan aktivis 'bawahan' dan melihat derita rakyat dizalimi dan ditinds regim serta mepelajari sejarah bahawa regim ini pewaris penjajah negara, maka dengan ini mengecam tindakan Dewan Pemuda Pas yang masih terhegeh-hegeh memberikan talian hayat kepada Umno. Selaku anak muda che'GuBard mengisytiharkan memboikot semua program melibatkan Dewan Demuda PAS termasuk jemputan yang telah disahkan hadir. Tindakan ini bukan mewakili parti tetapi mewakili kekecewaan aktivis 'bawahan' yang tidak diendahkan suara mereka. Apa yang kita dapat hari ini bukan atas kekuatan parti kita semata - mata tetapi atas penolakan kuat rakyat terhadap Bn dan harapan sedikit yang ada terhadap gabungan kita. Bila ada sikit kuasa kita lupa dan nak lebih dengan ajak entiti yang ditolak rakyat untuk duduk semeja....percayalah teruskanlah perkara ini rakyat akan terus mencampak kita dalam longkang dalam PRU yang akan datang..... Wahai Yb atau sesiapa yang mendapat apa juga tempat hasil PRU lepas, ketahuilah keputusan itu bukan dicipta begitu sahaja dalam sehari pada 8 Mac yang lepas ia merupakan hasil perjuangan panjang...... sanggupkah kita kianati semua sejarah perjuangan panjang tersebut.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya menyokong penuh apa ysng saudara editor siarkan, cuma saya tak berapa kenal ataupun tidak perasaan siapa gerangan Che'Gu Bard.Mungkin apabila kita di peringkat "aktivis PAS" bawahan di anggap sebagai orang yang selalu nak mengganggu ataupun nak menggagalkan apa jua yang di fikirkan baik di peringkat pimpinan..Jadi, bukan sekadar Che"Gu Bard yang memboikot majlis Pemuda PAS pusat akan di marah oleh pimpinan, malahan kita di peringkat " Kekampungan", samatelah la akan di hentam dengan bermacam kesalahan..,Tidak Wala' laa..Pimpinan tahu la apa yang di laku kan dan sebagainya.

Kalau kita baca sejarah Rasul- Rasul terdahulu," Wali wa Li Dai Ya Habbaron"...Kita kena hormat kepada orang tua..Kita kena hormat orng yang lebih tua dari kita..Tidak kira dalam apa pun organisasi..Dalam PAS kita kena hormati orang tua dalam
organisasi, tidak kira samaada kita lebih tua dari Ketua Pemuda yang baru Meninggalkan kita..Dulu kita tidak pernah timbul isu perbincangan apa-apa saja masaalah dengan UMNO yang pernah kita takrifkan sebagai kafir..Dah banyak sejarah-sejarah hitam yan gtelah berlaku antara kita PAS dengan UMNO bila berbincang atau bercampur..Pelanduk selalu lupakan jerat, tapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk..

Perbincangan dengan UMNO umpama kita menolong orang yang lemas dalam sungai, dia dah tergapai-gapai nak lemas, kita terjun untuk menyelamatkannya..Orang yang kita tolong itu akan tarik kita kedalam untuk dia naik atas..akhirnya kita yang tenggelam..Ini bukan andaian, memang terjadi, Ayah menyelamatkan anak, anak selamt, ayah mati..

Kesimpulannya bagi saya aktivis bawahan ini, kaji laa elok-elok perbincangan anatara Pemuda PAS dengan Pemuda UMNO..
" Jangan la kita orang islam yang sanggup memenggal kepala Syaidina Hussein,Keturunan Rasullullah hanya kerana pangkat dan kedudukan."
"Lebih baik kita jadi Yahudi di zaman Rasullullah yang menyewa kepala Syaidina Hussein untuk tidur dengannya hanya kerana hormatnya yahudi itu kepada Rasullullah."

MemaLI berkata...

saya setuju sangat lah dengan saudara editor nih...baguih jugak artikel kali ni...Kurang-kurang kita dah mula nampak rentak orang kita bilamana Allah uji dengan kemenangan...

sampai bila lagi kita nak main tarik tali dengan umno melainkan untuk tujuan dakwah islamiah.

saya teringat satu maksud hadis yang lebih kurang macam ni maknanya...kata nabi "" aku tak bimbang ummat aku di uji dengan kemiskinan, tetapi aku sangat bimbang bilamana ummat aku diuji dengan kesenangan dan kekayaan...kerana dengan kemiskinan akan menjadikan mereka tidak lupa pada Allah,tetapi dengan kekayaan aku khuatir mereka tidak dapat menahan dari godaannya yang membuatkan mereka lupa pada Allah""

sama-sama kita renung.......