Isnin, 20 Julai 2009

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH DIGESA SELESAI ISU KONSERT 60-AN FESTIVAL KEDAH SEJAHTERA

Isu Konsert 60-an Festival Kedah Sejahtera yang akan berlangsung minggu hadapan mengundang kontroversi apabila Dewan Pemuda Pas Kawasan Kubang Pasu membuat teguran secara terbuka dalam laman blog KedahLanie. Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu, Kaman Jaapar yang dipetik dalam blog tersebut, “ kami rasa amat pelik dan terkejut.... bagaimana konsert 60an boleh diselitkan dalam acara Festival Kedah Sejahtera tersebut. Pada hal sebelum ini, PAS juga merupakan kumpulan ataupun parti yang mewakili rakyat menentang sebarang bentuk konsert yang bersifat melalaikan orang ramai”. Bagi Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik, isu ini perlu diselesaikan secara bijaksana oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah. Menurut EXCO Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik, Sdr. Ishak Salleh, "Islam tidak melarang umatnya untuk berhibur mengikut batas-batas syariat yang ditetapkan. Pihak penganjur mungkin tidak mengerti bentuk hiburan yang dibolehkan oleh Islam, jadi peranan kita memberi penerangan dan menetapkan garis panduan kepada mereka. Kerana festival ini dibawah seliaan kerajaan negeri maka sewajarnya DPPNK turun padang mencari jalan penyelesaiannya". Manakala menurut Sdr. Tarmizi Sulaiman, EXCO DPPKS, " Pihak penganjur Festival Kedah Sejahtera sewajarnya menimbang semula kadar sewa gerai yang terlalu tinggi sehingga mencecah RM 5000.00 per gerai. Persoalannya apakah kadar ini setanding dengan Konsert Jom Heboh anjuran TV3?". Berita lanjut tentang Festival ini layari :- http://kedahlanie.blogspot.com/2009/07/batalkan-konsert-60an-di-festival-kedah.html

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gerai hanya 3500 sahaja la bang....
Kerajaan & Parti bertelagah.......

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak berapa setuju, kalau kerajaan ambil pendekatan begini untuk tarik ahli UMNO dan Penyokong UMNO rasa amat baik kerana disitu kerajaan dapat menyalurkan maklumat dan secara tidak lansung dapat berdakwah dengan lebih terbuka.
..minta tengok tentatif program...

anaksik berkata...

Apabila kita nak bersatu, berpadu dengan UMNO..kita perlu mengikut rentak mereka , baru lah kita akan berjaya dalam apa apa agenda parti dan kerajaan..tak boleh kata apa dah kat kerajaan kita la ni..

Aku sokong sepenuhnya kepimpinan kita Y A B Ust Azizan..yang menjadi masaalahnya, orang orang sekeliling YAB menteri besar..orang orang PAS kita laa..
depa jadi sangat TERUJA dengan kemenangan dan rasa cempera untuk memberi arahan..maka jadi la macam macam..nak dakwah ,kena adakan konsert 60 an laa,kena ada liputan TB besar besaran dan macam macam lagi laa, maklum lah baru la ni dapat bagi arahan kat orang..

Dulu kita dok pakat perjuang, itu tak boleh ini tak boleh..la ni pakat dok berebut nak buat apa yang di katakan tak boleh itu..
buat KARNIVAL kalau tak da konsert , orang tak mai laa..tak meriah laa..

SATU lagi yang buat aku tak berkenan IALAH PEMBAZIRAN..yang dulu kita dok kata kerajaan UMNO membazir..JAMUAN MAKAN DI WISMA PUN PULOH RIBU..la ni kita plak..cuba kita pikir..Kos konvoi pelancaran program di serata pelusuk daerah..AGAK-AGAKNYA BERAPA KOS BAJU, MINYAK, MAKAN DAN KOS LAIN LAIN dalam MASA PELANCARAN ITU..

KALAU ADA ORANG YANG KATA TIDAK ADA PEMBAZIRAN DALAM MASA PELANCARAN ITU, TOLONG HURAI SAT, BAGI AKU TAU..KALAU DUIT ITU, GUNA UNTUK ORANG SUSAH YANG TAK MAKAN, TIDOR DALAM JELAPANG PADI, ANAK TAK BOLEH SEKOLAH..AKU RASA KERAJAAN KITA AKAN LEBIH DIBERKATI OLEH ALLAH S W T..

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak ambik hati UMNO sampai kena buat irama 60an juga... terok lah macam ni bang.... lari jauh dari hasrat perjuangan.... udah le... lebih baik buat malam kesenaian islam ...itu pun hiburan juga...