Khamis, 30 Julai 2009

KIBAS LAMBANG PENGORBANAN - SU DPPKS

" Tuan-tuan dan puan-puan sekelian, beli lah apa-apa barangan di gerai-gerai Sambutan Jubli Perak ini, saudara berpeluang membawa pulang seekor KIBAS!" itulah laungan host urusetia sambutan Sdr. Ishak Salleh kepada pengunjung iaitu hadiah istimewa kepada pemenang cabutan bertuah. Dalam pada itu, Setiausaha Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik yang juga merupakan Setiausaha Sambutan Juli Perak Pas Kawasan Sik Sdr. Mokhtarizal Mokhtar menjelaskan Kibas adalah simbolik kepada pengorbanan Pejuang-pejuang Pas Kawasan Sik selama 25 tahun perjuangan bagi memastikan Islam terus berkembang subur hingga ke hari ini. " Ada antara mereka yang telah meninggal dunia," ujarnya yang menyamakan pengorbanan pejuang-pejuang ini seperti pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya sendiri Nabi Ismail dan Allah gantikannya dengan Kibas. Untuk itu beliau menjemput semua anak-anak Sik di perantauan pulang memeriahkan sambutan ini. " Pelbagai acara disediakan antaranya Konsert Nasyid Inteem, Dikir Barat serta ceramah YB. Salehudin Ayub dan YB. Dato Seri Anwar Ibrahim," Ujarnya. Beliau seterusnya menyeru pemuda-pemuda Sik menunjukkan keperihatinan mereka kepada perjuangan Islam di Sik dengan memberi sumbangan melalui pembelian buku cenderamata bernilai RM5.00 sebuah dan T. Shirt Sambutan Jubli Perak bernilai RM 30.00 untuk dana pengurusan dan pembangunan Islam di Daerah ini

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Sdr. Setiausaha!


Kawan Lama
KL

Tanpa Nama berkata...

Ketua Penerangan....hihi

Tanpa Nama berkata...

Sdr. Sahak Salleh ini host profesional ke?....Nanti leh jadi DJ Radio Era

Peminat Linda Onn

Tanpa Nama berkata...

Kibas boleh kat sapa oii.....?

Seorang yang ikhlas mengorbankan sesuatu yang ianya sayang, nescaya tuhan akan memberi haknya..(h40.13)

Tanpa Nama berkata...

Semoga SU jadi KSU akan datang.

Takbir, pemuda pekan sik

Tanpa Nama berkata...

tengok laa. s/u sapa? s/u pemuda la katakan..
idea yang bernas..

kalau dah jadi KSU, kepala tu, jengok kot bawah sama, takut tersepak batu kecik plak..