Rabu, 29 Julai 2009

Mai Pulak Noh.....Sembahyang dulu!....

Sik - Pasar Malam Model Islam yang dianjurkan Majlis Daerah Sik mendapat sambutan yang menggalakan daripada penduduk Sik. Hampir 1000 orang membanjiri Dataran Padang Awam Sik untuk membeli belah sambil mendengar ceramah yang disampaikan penceramah terkenal Dr. Jamnul Azhar Mulkan. "Mai pulak noh.....Sembahyang dulu," itulah dialog seorang peniaga gerai kepada pelanggan selepas azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat Isyak. Menurut Ahli Majlis Daerah Sik, Ustaz Ismail Mahmud, beliau menyatakan bahawa Pasar Malam Model Islam adalah manifestasi daripada pelancaran Bulan Sembahyang peringkat daerah Sik yang bertujuan mendidik masyarakat Islam menunaikan sembahyang walaupun sibuk dengan urusan jual beli. "Alhamdulillah, program ini mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak khususnya daripada penguatkuasa MDS, peniaga gerai dan orang ramai," Katanya. " Ini adalah program perintis dan InsyaAllah kita akan teruskan lagi," Ujarnya selepas majlis tersebut.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Ustaz Ismail...Ini baru Ahli Majlis Daerah Islam...

Danglau

Tanpa Nama berkata...

Tahniah...cadangkan peniaga-peniaga mematuhi syarat yang disyariatkan contohnya memakai pakaian menutup aurat.

Cakna