Ahad, 30 Ogos 2009

KEMBALIKAN BUDAYA GERAK SAHUR

Sik- Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik menganjurkan program Gerak Sahur di Kampung Sungai Pau sempena bulan Ramadhan ini. Menurut Pengerusi Lujnah Tarbiah DPPKS, Sdr. Shubki Sulaiman, penganjuran program ini bertujuan mengembalikan budaya membangunkan jiran tetanga bangun bersahur. "Ini lah kali pertama kita menganjurkan program ini bagi menyedarkan semula masyarakat kepentingan bersahur dan membangunkan jiran tetangga bersahur," katanya kepada pemudasikdaily yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik. Dalam program tersebut YB. Haji Yahya Abdullah ADUN Jeneri dengan diiringi Ketua dan EXCO Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik menjelajah seluruh pelusuk kampung membangunkan penduduk bangun bersahur disamping memberi sumbangan hamper kepada warga tua, ibu tunggal dan anak-anak yatim. "Program ini akan diteruskan sepanjang Ramadhan ini bagi menghidupkan kembali sunnah nabi yang kian dilupakan ini," katanya sambil menerangkan program itu bermula dengan majlis berbuka puasa, bertarawih dan qiamullail bermula jam 3.00 pagi di Masjid Sungai Pau.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Program ini ada persamaan dengan singgah sahur tak? Saya cadangkan program ini tidak perlu publisiti meluas

Gurun Kedah.

Tanpa Nama berkata...

Bertujuan poitik oleh orang bekepentingan politik dapat pahala ke? harap penjelasan pengerusi Lujnah Tarbiah Sik

Bg. Man
Pas Merbok

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah,Allah sentiasa bersama orang yang benar dan demi kepentingan politik Islam ganjaran Allah janjikan.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah pengerusi tarbiah, jalan lupa tarbiah Ajk saudara.Pemuda PKRSg.Petani