Selasa, 4 Ogos 2009

Majlis Daerah Sik: Piagam Pelanggan Utamakan Rakyat

Majlis Daerah Sik ditubuhkan pada 1 Ogos 1975. Penubuhan mengikut Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Majlis Daerah Sik diketuai oleh seorang Pegawai Daerah yang dibantu oleh timbalannya dan 16 orang ahli Majlis. Ahli-ahli Majlis ini dilantik oleh kerajaan negeri untuk berkhidmat selama 2 tahun dan tempoh perkhidmatan mereka akan diperbaharui selagi perkhidmatan mereka masih diperlukan. Ahli-ahli Majlis Sik terdiri daripada komponen-komponen parti politik Pakatan Rakyat di Kedah dan pegawai-pegawai kerajaan yang bertanggungjawab menggubal polisi-polisi tersebut dengan sistematik dan berkesan. Majlis Daerah Sik menjalankan pentadbirannya dengan menggunakan sistem jawatankuasa. Semua jawatankuasa akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk membincangkan isu-isu dalam bidang jawatankuasa masing masing. Segala keputusan yang dibuat oleh setiap jawatankuasa akan dibentangkan semasa mesyuarat Jawatankuasa Induk pada setiap akhir bulan untuk diterimapakai oleh Majlis. Untuk mencapai Visi dan Misi, Majlis Daerah Sik menetapkan 17 Piagam Pelanggan yang perlu dipatuhi oleh semua kakitangan Majlis antaranya:-
1. Semua akan dilayan dengan senyuman, mesra, bersopan santun dan adil.
2. Pemeriksaan premis-premis yang dilesenkan oleh Majlis sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan keadaan sesuai dan bersih.
3. Memastikan tindakan adalah wajar dan sah di sisi undang-undang.
Maklumat lanjut berkaitan Majlis Daerah Sik dan Piagam Pelanggan boleh didapati di web:-
info Daripada Meja Ketua Penerangan DPPKS

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya mengharapkan Majlis Daerah diuruskan dengan lebih Profesional selaras dengan Piagam Pelanggan yang telah ditetapkan!


Peniaga Gerai
Pekan Sik

Tanpa Nama berkata...

MAJLIS DAERAH SIK MESTI PINDA PIAGAM IKUT SYARIAT ISLAM

PEMUDA BERIS

Tanpa Nama berkata...

Ahli-ahli majlis lantikan politik perlu ditukar 2 tahun sekali..Tak perlu sambung-sambung

Tanpa Nama berkata...

Hapuskan sistem Ahli Majlis...Membazirkan Duit Rakyat Je....DO dibayar gaji 5000 Sebulan...dia buatlah keje...

Peguam Syari"e

Tanpa Nama berkata...

Woi! Hangpa Pakatan Rakyat...x payah dok berebut Jawatan Ahli Majlis itu....Buat Mali je....Apa hangpa nak buat?


Pemuda Islam

Tanpa Nama berkata...

Saya dah menyampah dengan DO dan Ahli-ahli Majlis..

Peniaga Teraniaya

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan MD (Majlis Daerah)& MB (Majlis Bandaraya) dihapuskan diseluruh negeri.

Orang pening

Tanpa Nama berkata...

Senua orang politik Gila Kuasa!
Jawatan Ahli Majlis pun Jadi Rebutan.

UMNO hilang di Mata TETAPI Tersemat di Dada

Ahli-ahli Majlis ini Baju je PAS tapi Badan UMNO...

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan pada Kerajaan Negeri Kedah...Tukar semua ahli-ahli majlis Sik yang ada sekarang....

Pengurus Pro.

anaksik berkata...

kepada Ahli majlis Sik..kebanyakan semua ahli PAS...Banyak komen yang bernas telah di beri oleh segelintir rakyat sik. mungkin peniaga-peniaga yang rasa teraniaya dan di anak tirikan..
Saya menyokong penuh kerja buat yang di lakukan oleh penguatkuasa di bawah arahan atau tunjuk ajar dari AHLI MAJLIS DAERAH kita..ORANG PAS.
Saya harap ahli majlis kita buka lah mata, celikkan minda pandang kedepan..kita meniaga sudah tentulah kita mencari keuntungan. Tidak kira sikit ka, banyak ka, janji kita untung..
Begitulah apabila kita dapat duduk memerintah kerajaan kecil dalam daerah..kita cari lah keuntungan politik kita..jangan kita mencari harta kebendaan, kepentingan perut yang tak pernah kenyang, nafsu yang makin menggila..
Perjuangan kita selama ini adalah untuk menggubal undang-undang baru..undang-undang Islam..Bukan kita menjadi pak TURUT pada PUAK_PUAK AMNO yang dah nak tenggelam nak mati dah..
Kita jangan jadi BODO, dok huluq tali nak tarik depa jangan bagi tenggelam..KITA PULAK YANG MENYANJUNG AMNO..tak ke BODO kita?Sedaq la wahai AHLI MAJLIS.. betapa berdosanya kita kalau kita tidak bawa apa yang di perjuangkan apabila kita memerintah..
Kalau sekadar nak jadi pak ANGGUK saja, baik turun lah...balik motong laaa..
Saya kesian kat angpa semua, nanti mati, tuhan tanya, apa benda yang hangpa buat kat orang SIK..DOK TEKAN KEPALA DEPA BAGI MAKIN LEMAS KA??????
Sekali lagi...
LETAK JAWATAN LAAA..JANGAN SAMPAI ORANG BENCI PADA PAS PASAI HANGPA!!!!!

Anak kampung sik

Tanpa Nama berkata...

ahli majlis PAS pun lebih teruk dari UMNO..dok jadi balaci ortang UMNO jugak..
Ahli majlis UMNO pun tau nak bela rakyat Sik..walaupun UMNO, kami jaga jugak orang PAS..
ni ahli majlis PAS dok pijak orang PAS

UMNO yang makin meluat kat PAS

Tanpa Nama berkata...

aku kesian dekat ahli majlis sik depa ni dok kena hentam saja cuba hampa pikiq tengok depa ni nak perbetul benda sampah ,shit kekarutan ,pembaziran ,tekan pegawai kerajaan dan macam-macam lagi yang 50tahun umno tinggal. semua yang depa buat contoh macam roboh tambahan perkara kacau ganggu yang depa pikiq depa saja nak meniaga tak pikir keselesaan orang lain sebenar benda dah lama perniaga pun tau dah diberi berapa kali peluang .hampa yang yang komen baguih tapi tanpa asas aku takut hampa fitnah saja dan gembar gembur supaya benda fitnah berjalar lebih besar dan banyak lah saham yang hampa boleh diakhirat nanti .cuba hampa tengok rumah urut dicarok padang ada ka dak gi ,cuba hampa tengok pegawai-pegawai sembahyang sunat duha hubungan antara jabatan cukup akrab ,cukup harmoni tak macam hampa masa umno dulu dan pasar malam model islam diberis ,pekan sik dan jeneri .ada beberapa peraturan kepada penyewa untuk kepentingan semua ,depa cuba selamat manusia sampai akhirat tak biar berhutang sampai mati .macam unmo dok biar tak bayar tak pa .adakah hampa sokong orang berhutang tak bayar ,tak kesian ka amalan depa ditahan sebab tu kita kutip tu pun dah berapa kali notis cuba hampa tanya peniaga tu .memang ada kelemahan tapi tak kan kot anak baru 16 bulan boleh jalan macam orang tua umor 51 tahun .. ikhlaskan insyalah tuhan tolong tapi tk juga dok kata-kata bagi pahala free .

Tanpa Nama berkata...

Ye lah orang dah tak suka...Buat apa pun semua tak kena....saya tidak akan terima lagi jawatan ahli majlis
disambung bulan 12 ini..

Ahli Majlis Daerah Sik

Tanpa Nama berkata...

saya teramat-amat setujulah dengan jawapan ahli majlis tu,
TAK YAH SAMBUNG DAH KONTRAK AHLI MAJLIS NI..AKU BERJUMPA DENGAN SEORANG PENGUATKUASA YANG BERTANGGUNGJAWAB MEROBOH BINAAN KECIL SESETENGAH PENIAGA YANG TAMAK MENGAUT KEUNTUNGAN..INI KATANYA " AKU SAMPAI BERGADUH DENGAN SEORANG TAUKE KEDAI MAKAN YANG TERKENAL DI SIK., AKU MENJALAN TUGAS,,AKU KATA PADA ........., AJLI MAJLIS HAMPA YANG SURUH ROBOH"
KITA BARU 16 BULAN, TAPI BUAT PEROBOHAN MACAM KITA DAH TAK GOYANG DAH..
FIKIRLAH WAHAI SAHABATKU AHLI MAJLIS