Selasa, 11 Ogos 2009

Program Sumbangan "BAJU RAYA & HAMPER RAYA" kepada Fakir Miskin

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik akan melaksanakan program Sumbangan "BAJU RAYA & HAMPER RAYA" kepada Fakir Miskin di dalam Kawasan Sik. Tujuan dan objektif program ini adalah untuk membantu orang yang memerlukan sumbangan, pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik ingin menjadi penyambung antara para dermawan dengan fakir miskin, dan menyuburkan semangat ikram (tali persaudaraan) sesama kita. Program ini memerlukan jasa baik YB,Dato,Datin,Tuan,Puan,Saudara,Saudari bagi menjayakan misi program ini. Sehubungan itu YB,Dato,Datin,Tuan,Puan,Saudara,Saudari bolehlah menghubungi (Setiausaha) Sdr. Mohd Fakhrul Rizal di talian 019-5062007 untuk keterangan lanjut. SUMBANGAN seperti berikut :- 1. Ringgit Malaysia (RM) 2. Baju Raya 3. Hamper (RM25-1 hamper) * Beras pulut,gula,milo,susu,teh, dan lain-lain. Bank In boleh dibuat atas nama (BIMB) : DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SIK No. Akaun : 02084010022679

2 ulasan:

Hj.Ramzi Penang berkata...

Ana Hj.Ramzi dari Pulau Pinang ingin menyumbang untuk program ini. Saya hubungi saudara ramadhan ini.

Tanpa Nama berkata...

Saya pun berminat untuk memberi sumbangan..Tahniah Dewan Pemuda Sik..
Berlumba-lumbalah membuat kebajikan

Ahmad Fuad
Anak Sik di KL