Ahad, 23 Ogos 2009

Radzi Keluar PKR : Peringatan di Awal Ramadhan

Pengumuman keluar Mohd Radzi Salleh Adun Lunas daripada PKR disambut gembira pimpinan tertinggi BN. Pendukung Pas dan PKR pula bercampur-campur antara marah, geram dan kecewa. Sebagai pendukung Gerakan Islam, setiap perkara yang terjadi sudah tentu ada hikmahnya. Ada perkara yang perlu dimuhasabah dan diperbetulkan. Permainan politik yang diasaskan oleh Niccolo Machiavelli pada zaman renaisance di Eropah memungkinkan seribu kemungkinan. Dalam sejarah Islam, Muawiyah Abu Suffian adalah sahabat yang licik berpolitik, Umar Al-Khattab adalah sahabat yang tegas dan disegani. Manakala Omar Abdul Aziz adalah pemimpin adil yang dikenang sehingga ke hari ini. Apakah kerajaan Kedah pimpinan PAS akan tumbang secara tidak demokratik? Perkara itu tidak mustahil. Pemimpin parti Refah, Najmudin Erbakan yang menang dalam pilihanraya Turki dan diangkat menjadi Presiden ditumbangkan oleh tentera setelah beberapa bulan memerintah. Walaupun Najmudin hilang jawatan presiden tetapi Islam terus berkembang di Turki dan pengaruh sekular yang diasaskan Mustafa Kamal Attartuk kian menyusut. Apakah salah Najmudin pada kaca mata sekular? salahnya Najmudin berusaha menghapuskan undang-undang sekular dalam pentadbiran Turki dan menggantikannya dengan undang-undang Islam. Selamat Berpuasa! "Tingkatkan Amal untuk Keredhaan Allah" Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya nak cadangkan kita bubar DUN kedah....pilihanraya semula!

Tanpa Nama berkata...

Wahai PKR...berapa lama hayatmu?

Ahli Pas

Tanpa Nama berkata...

Apa dah jadi PKR..ustaz azizan dah ikut macam2..apa yang hangpa nak semua dia bagi...

nak EXCO dia bagi..
nak rumah babi dia bagi
nak ahli majlis dia bagi
nak Dato' dia bagi..
jangan buat Islam dia bagi..
apa lagi yang hangpa nak?

daripada

Katak Si Katak Lompat

Tanpa Nama berkata...

Tahniah ustaz azizan...teruskan dengan tradisi kecemerlangan...Jadi MB sampai Mati...

penyokong PKR

anaksik berkata...

BERSYUKURLAH KITA, ADUN ADUN DARI PAS MASIH ISTIQAMAH DAN TETAP SETIA DALAM JEMAAH WALAUPUN PULUHAN TAHUN BERJUANG, MENANG DAN KALAH, KALAH DAN MENANG HINGGALAH KE HARI INI, HINGGA KITA DAPAT MELIHAT PAS MEMERINTAH DI KEDAH DAN MERASAI JUGA UNTUK MEMIMPIN SATU "PUAK" DALAM NEGERI PERAK, TAPI "PUAK" ITU UMPAMA BUAYA YANG DITOLONG SANG KERBAU, SAMA-SAMA MEMBANTING TULANG MENCARI KEMENANGAN, MEMBENTUK SATU KERAJAAN PAKATAN YANG DI TUNGGU OLEH SEMUA RAKYAT YANG BERJUANG PULUHAN TAHUN..TAPI BILA SAMA-SAMA DAPAT MEMERINTAH NEGERI, "PUAK" ITU MULA TERUJA DAN MULA MEMINTA YANG BUKAN-BUKAN HINGGA AKHIRNYA KAERAJAAN PERAK TUMBANG..
ITULAH "PUAK" YANG MENJADI KAWAN PAS, BUKAN SAHABAT SEJATI YANG SANGGUP MATI BERSAMA-SAMA..
"PUAK-PUAK" ITU TERAMAT JAUH KALAU NAK DI BANDINGKAN PEJUANG SEMULIA AS SYAHID IBRAHIM LIBYA DAN PARA SAHABATNYA..TERMASUK SEORANG PEMUDA YANG BERNAMA MAT RAMBAI YANG SANGGUP SYAHID DEMI PERJUANGAN PAS.
SEKARANG "PUAK-PUAK" ITU DAH MULA NAK BERPERANAN DALAM KEDAH. KALAU DAH DASARNYA MAKAN PETAI, TINGGALAH LAM MANA PUN, DIA TETAP AKAN MAKAN PETAI,,
INI LAH "PUAK YANG SALAH SATU DARI 70 GOLONGAN"..

BERMUHASABAHLAH KITA

Tanpa Nama berkata...

Beristiqomahlah... Allahu musta'aan...

-TetamuGombak

Editor Pemudasikdaily berkata...

Untuk maklumat..Saudara boleh lawat Blog Setpol MB kedah untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan keadaan politik Kedah.