Ahad, 11 Oktober 2009

Pemilihan Ahli Majlis Daerah Sik Perlu Lebih Profesional - Naib Ketua DPPKS

Sik - Majlis Daerah Sik perlu dihidupkan kembali peranan sebenarnya dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat Sik dengan kumpulan kerja yang profesional dan bertanggungjawab. Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik, Sdr. Najib Ahmad, peluang ini terbuka luas dengan perlantikan semula ahli majlis Sik bagi penggal 2010 -2011. Perkhimatan 10 ahli majlis daripada PAS dan PKR akan tamat pada akhir tahun ini. " Saya mencadangkan satu kaedah pemilihan yang profesional bagi mendapatkan ahli majlis yang profesional untuk mendukung hasrat ahli, parti dan Islam itu sendiri." katanya melalui e-mail kepada pemudasikdaily. "Harapan pemuda ahli majlis yang dilantik daripada PAS khususnya mestilah yang paling layak, berpengetahuan luas dalam pengurusan majlis dan berjaya membawa mesej parti kepada majlis dan masyarakat" katanya lagi.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ahli majlis kena lantik di kalangan mereka yang tahu urusan pentadbiran kerajaan. Dia kena faham tugas ahli majlis sebagai pegawai lagislative(buat polisi dan undang) bukan executive seperti DO...malang lah ahli majlis dok ikut cakap DO..DO yang kena ikut Ahli Majlis....
DO SIK ini ada agenda untuk JD SUK...so kita kena bawa agenda Rakyat...Ahli Majlis Wakil dari Rakyat bukan Wakil DO.....

Bekas Ahlis Majlis UMNO

Tanpa Nama berkata...

Kepada DO Sik...Hebat hang kerana berjaya menggula-gulakan Ahli Majlis Sik..Aku tau hang nak bodek PAS untuk dapat nama dan Bodek UMNO untuk dapat duit...Tapi ingatlah sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga..

Salemen

Tanpa Nama berkata...

Dengar kata, pemiliham Ahli MDS nak di buat undi dalam Mesyuarat PAS Kawasan. Kalau betul la gitu, pihak PAS Kawasan kena cari SPR yang telus dalam membuat keputusan.
Jangan yang nak mengundi PAS Kawasan, yang di undi PAS Kawasan, SPR PAS Kawasan...
Alamatnya orang yang sama laa jadi Ahli MDS tahun depan

Yang dok kena tekan

Tanpa Nama berkata...

Kami nak wakil pemuda ada dalam Ahli Majlis Daerah. Suara kami tak sampai dah lani di MDS.

Suara Pemuda

Tanpa Nama berkata...

Hangpa pemuda dok kira nak Ahli Majlis ja, yang aku dok teringin lama dah ni hangpa tak kira, undilah aku jadi ahli majlis.

peningnyaKU

Tanpa Nama berkata...

bila agaknya pengundian Ahli MDS baru ni? Memang perlu di tukar sesetengah Ahli majlis lama tu,,, Depa lebih D.O dari D.O..
Tak kata sapa laa, tak penah duduk pun dalam jabatan kerajaan, tiba2 jadi Ahli majlis,,, Besar laaa
tambah pulak bila nak buat apa-apa boleh tunjuk berjela Akta yang satu ketika kita pakat tentang termasuk Ahli2 Majlis ni...

Tanpa Nama berkata...

Untuk Ahli Majlis yang bakal di lantik, bersama-sama lah kita renungkan
DALAM MAJLIS DAERAH, D.O YANG JADI KAIN PUTIH, AHLI MAJLIS YANG KENA CORAKKAN D.O....
BUKAN AHLI MAJLIS YANG JADI KAIN PUTIH, HAA PUAS LAA D.O DOK CORAK AHLI MAJLIS..
KEMUDIAN AHLI MAJLIS KENA WALA` DENGAN D.O
Pikiaq lah..