Ahad, 8 November 2009

AHLI PBT BAWA IMEJ PERTUBUHAN YANG DIWAKILI

Oleh : Sanusi Md Nor
Alhamdulillah...dan terima kasih kpd semua sahabat yang email memaklumkan perihal Ahli Majlis yang akan dilantik semula Disember ini. Banyak email masuk, 70% adalah komen negatif tentang prestasi individu yang telah diamanahkan ke jawatan itu. Ada beberapa jawatan dan jabatan yang dilantik sebagai Ahli PBT selaras dengan Akta PBT. Keanggotaan maksimum ialah 24 orang termasuk wakil jabatan yang wajib tadi. Selainnya adalah lantikan politik dan NGO.
Ahli PBT membawa imej pertubuhan dan jabatan yang diwakili. Mereka paling dekat dan hampir dengan kehidupan rakyat. Mereka ada kuasa tertentu selaras dengan undang-undang PBT, merekajuga punya batasan selaras dengan undang-undang. Mereka adalah cerminan Kerajaan Negeri.
Kita tidak mengadakan pilihanraya PBT seperti di sesetengah negara. Ada beberapa alasan yang munasabah untuk tidak mengadakan pemilihan melalui pilihanraya. Saya akan terangkan pada artikel lain. Setakat ini, Ahli Majlis PBT dilantik berdasarkan pencalonan Parti dan NGO. Selepas melalui beberapa proses seperti mesyuarat peringkat kawasan, interview dan penilaian jawatankuasa kawasan/cabang, nama-nama ini akan diangkat untuk kelulusan Mesyuarat EXCO. Lepas diluluskan, mereka akan mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia sebagai Ahli PBT.
Tahun kedua ini beri kita peluang menilai prestasi Ahli Majlis yang telah dilantik sebelum ini. Kalau lantikan dulu kurang memuaskan, kita ada ruang untuk membuat pembetulan.
Saya akan foward email tuan-tuan untuk perhatian pihak yang membuat cadangan di setiap kawasan/cabang dan Negeri, supaya perhatian serius diambil untuk memastikan calon-calon adalah personel yang paling tepat dan berprestasi tinggi.
Apa pun, hak untuk membuat cadangan nama-nama calon mesti datang dari Parti peringkat kawasan dan Negeri, bukan oleh saya, ADUN maupun MP. Cuma email dan pandangan saudara pastidapat membantu. Saya ucapkan terima kasih sekali lagi. Masa masih ada hingga 15 Nov 09. Teruskan memberi pandangan saudara, insyaAllah ia dapat membantu kita mara ketahap lebih baik untuk tahun-tahun mendatang. Sekian.

1 ulasan:

Editor Pemudasikdaily berkata...

Assalamualaikum..

Kepada pelayar blog pemudasikdaily, pihak pengendali memberi kebebasan kepada tuan-puan untuk memberi komen dalam blog ini. Walaupun begitu kami berharap prinsip dan etika sebagai seorang Islam dan rakyat Malaysia mesti bertanggungjawab terhadap sebarang yang dibuat. Ingatlah Allah menilai segala penulisan dan perbuatan kita.

Sekian harap maklum