Selasa, 17 November 2009

Bajet Kedah 2010: Tingkat Pendapatan Rakyat

ALOR SETAR, 17 Nov. 2009 – Bajet 2010 yang telah dibentangkan oleh Y.A.B Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak hari ini akan memberi fokus kepada empat strategi utama dalam merancakkan lagi ekonomi Negeri Kedah. Melihat kepada empat strategi dalam bajet 2010 ini, ia lebih menjurus ke arah kesejahteraan rakyat. Empat strategi yang menjadi garis panduan bajet 2010 ialah Merangsang Pertumbuhan Ekonomi Bagi Meningkatkan Pendapatan Rakyat; Membangunkan Modal Insan; Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat; dan Memperkasa Jentera Pentadbiran Negeri . Bajet yang berjumlah RM 1,279,610,000 ini akan disalurkan sebanyak RM 12, 500, 030 kepada Jabatan Pertanian di bawah strategi pertama bajet 2010 sebagai usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi dalam sektor pertanian Negeri Kedah serta menjadikan Kedah sebagai sebuah negeri pengeluar makanan yang utama kerana mempunyai sumber tanah pertanian yang luas dan subur. Kerajaan negeri yang begitu prihatin dengan isu rakyat seperti masalah banjir yang melanda Negeri Kedah pada ketika ini, akan menyalurkan bajet sebanyak RM 2.7 juta iaitu tambahan sebanyak RM 100 ribu kepada Jabatan Pangairan dan Saliran dalam usaha mengawal kejadian banjir dan membaiki kerosakan akibat banjir. Bajet 2010 ini merangkumi anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM 512.19 juta yang meliputi 42% bayaran emolumen, 34% untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap, 20% untuk perkhidmatan dan bekalan, dan 1% untuk perolehan aset. Manakala bagi peruntukan pembangunan pula, bajet 2010 diagihkan kepada beberapa sektor iaitu Program Prasarana (65%), Pantadbiran (20%), Pertanian (8%), Agama dan Sosial (6%), dan Kemudahan ICT (0.34%). “Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan pihak swasta untuk memenuhi harapan rakyat.” Ujar beliau di akhir ucapan pembentangan Bajet 2010. *Bagi mendapatkan Ucapan Bajet 2010, sila layari laman web Kedah Sejahtera di: http://www.kedahsejahtera.com.my

2 ulasan:

pemuda penang berkata...

kenapa blog pemuda lama tak update
dah hilang taring ka pemuda sik nih.
hari tu hebat sangat. Igt laa
perjuangan perlukan di teruskan

aneerza berkata...

ya la duk kalut kut mana tak tau
blog pun tak dan nak update, nak gak tau apa duk jadi kat kg laman
- anak kedah di perantauan. jb