Sabtu, 30 Julai 2011

PERUTUSAN RAMADHAN 1432 DARI KETUA PEMUDA PAS KAWASAN SIK

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..... Assalamualaikum WRT.
Segala puji bagi Allah tuhan semester alam yang maha agung dan maha penyayang. Al-hamdulillah ramadhan yang kita rindui kembali lagi bertemu dengan mereka yang gemar melakukan kebaikan. Kesempatan ini saya selaku yang diamanahkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik mengucapkan selamat menyambut ramadhan 1432 dengan harapan kita semua mengambil kesempatan memperbanyak amal ibadah dan bersedekah sempena bulan kebajikan ini. Kepada petugas-petugas gerakan Islam saya ucapkan jutaan terima kasih kerana banyak memberikan komitmen menjayakan program jamaah. Aktiviti pemuda sepanjang ramadhan seperti berikut:-
*Sumbangan Hamper kepada fakir miskin,anak yatim,OKU dll *Sumbangan baju raya kepada anak-anak yatim. *Qiamullail sepuluh akhir ramadhan di masjid terpilih. *Gerak sahur bersama YB dan MKK *Iftor Jamaie di surau/masjid dan rumah AJK terpilih. *Ziarah aktivis parti. *Edar risalah ramadhan.
Akhirnya sekali lagi saya mengucapan selamat menyambut ramadhan dan mengharapakan segala aktiviti yang telah disusun dapat kerjasama daripada daripada masyarakat setempat.Sekian terima kasih.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Di AMANAH @ Hang yang nak jadi tergedik2...?

QurtahSik berkata...

Jangan orang luar tapi duduk di luar takpa jadi ketua pemuda pun...