Rabu, 22 Julai 2009

Pasar Malam Model Islam di Sik - Pegawai Daerah SIik

Pasar malam model Islam, Solat Asar berjemaah untuk semua kakitangan Jabatan Kerajaan peringkat daerah Sik seminggu sekali dan solat Dhuha berjemaah sebulan sekali adalah pengisian program Bulan Sembahyang anjuran Majlis Daerah Sik. Menurut Pegawai Daerah Sik, Tn. Hj. Azmi bin Din, "Penganjuran Program Bulan Sembahyang oleh Pejabat Daerah Sik adalah bertujuan merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk mengembangkan perlaksanaan Islam di daerah ini". " Saya mengharapkan program ini akan mendapat sokongan padu daripada semua pihak tanpa mengira batasan kumpulan atau partisan", katanya pada Majlis Pelancaran Program Bulan Sembahyang di Bandar Baru Beris Jaya baru-baru ini. Perasmian majlis tersebut di sempurnakan oleh Y.A.B Dato Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

baguih sangat la tu....
semoga berjaya mengikuti kerajaan kelantan.

Kerajaan Negeri Sik

Tanpa Nama berkata...

Apa macam dah jadi dengan Pemuda Kaw Sik, dengar kata Tim.Ketua & Naib Ketua nak boikot program Jubli Perak PAS Kawasan, kenapa jadi macam tu? SU minta jawab isu ini, kami pemuda di bawah ni dengaq tak sedap la...

Geng Belantik berkata...

Ketua Pemuda tak turun mai kot-kot belah Dun Belantik lansung, kami tau la di keje dengan YB Jeneri tapi dia kena ingat dia ketua pemuda sik, belantik pun dalam sik noh..ingat.

Kami minta maaf jambori baru ni takleh pi sebab surat 2 hari lagi nak program baru sampai, harap lepas ni boleh hantar awai sikit. Kami pemuda baru saja nak keloi-keloi pemuda tu lambat la sikit....

Atas atap berkata...

Minta Dewan Pemuda PAS Sik lawat kami kat atas ni sama.
Kami tak tau nak ngadu kat sapa dan tak tau nak mula dari mana
Ketua & SU minta mai kot ni sama noh?

PEMUDA PAS SIK (DPPKS) berkata...

Terima kasih atas kritikan dan teguran kepada Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik. Dari segi prinsip kami menghormati segala perbezaan pandangan dan pendapat daripada semua pihak. Sekian terima kasih

anaksik berkata...

Aku sokong sangat laa, kita nak wat pasar malam Islam....

Tapi, jangan dok nyanyi saja, macam kata nak wat surau di pasar malam selasa.. mana dia?????????

Minta penjelasan Ahli Majlis jawab sat.. Dok kira pala D,O jaa

Ahli Majlis kena pikiaq peranan dia dalam menjayakan cara hidup Islam di Sik..Ni Samapai orang ramai tak leh teguq ni, apa cerita??????

KITA BAWAH KERAJAAN PAS...PERJUANGKAN LAH HAK KITA