Ahad, 26 Julai 2009

Umang-Umang (Minda Ketua Pemuda)

1. Rehlah adalah sebahagian dari ekspidisi yang mempunyai pelbagai aktiviti menarik . Apatah lagi ianya diatur dan disusun oleh insan yang berjuang , mencari ruang dan medan mendekati diri kepada Allah swt Tuhan yang Maha Mencipta . 2. Rehlah seperti ini biasanya disebut Rehlah Tarbawi . Selain menyatu diri dengan keindahan alam semesta , meredakan ketegangan saraf yang hampir kejang setelah bergelut di medan guna mempertahankan Islam dan usaha mendaulatkannya , rehlah ini juga menenangkan minda dan mendamaikan jiwa . 3. Lebih bermakna apabila rehlah disertai oleh rakan seperjuangan . Saling memahami malah saling melengkapi . Perkara benar disokong dan dibantu sementara perkara salah , tanpa silu diperbetul dan dipandu . Indah ! sungguh indah dunia ini andai semuanya adalah sahabat seperjuangan kita . 4. Tapi realitinya tidaklah sebagaimana apa yang saya sebutkan tadi . Ada sahabat yang bersedia menjadi sahabat kita tanpa mengira suka atau dukanya . Saat perlu ia hadhir , saat buntu ia mampir . Susah kita resah dia , sakit kita letih dia , sukar kita payah dia , senang kita tenang dia , bahagia kita gembira dia . Demikianlah indahnya bersahabat .
5. Namun ada kalanya kita berdepan dengan musuh. Sering mencari salah dan silap kita justeru itulah pelurunya untuk menembusi jantung hati kita . Bukanlah sukar mereka mahu memahami kita tetapi sengaja buat - buat tidak faham lalu bertindak melulu dan mempertikai apa jua yang lahir dari kita . Tidak tergaris wajah sayang dan kasih sebaliknya apa yang terhambur ialah kebencian dan dendam kesumat . 6. Lebih malang , kita bertemu kawan atau sahabat pada nilai pertamanya tetapi pantang mendapat kesempatan , segala kepercayaan diragut dan segala kesetiaan dinodai tanpa rasa simpati biarpun sekelumit . Dia boleh tipu kita tanpa berkerut kening . Dia tergamak menikam kita walau dari arah belakang . 7. Sahabat saya kata , orang macam ni tak ubah seperti umang - umang . Mulanya kelihatan seperti berkawan dengan kerang atau spesis siput kemudiannya rumah [ cengkerang ] siput atau kerang itu akan diambil setelah ianya dibunuh . Wallahua'alam bis sowab . 8. Saya tidak pernah melihat umang - umang merampas rumah siput atau kerang tetapi yang saya pasti cengkerang umang - umang itu saling tidak tumpah milik spesis siput atau kerang . 9. Harapnya tiadalah sahabat - sahabat ku menjadi umang - umang atau tidaklah pula aku menjadi umang - umang kepada sahabat - sahabat ku . Rehlah tarbawi mengajar erti pengukuhan dalam bersahabat biar pun tiada modul khusus yang lakukan . hanya melalui rehlah dan mukhayyam , persahabatan kian erat dan ukhuwwah kian bersemadi . Apa lagi jika rehlah itu lengkap dengan agenda tarbawi yang baik dan dibimbing pula oleh sang murabbi yang hebat dan berkat . 10. Rehlah tarbawi sangatlah baik dilakukan di semua peringkat pemuda . Sesekali kita keluar dari ruang pejabat kita , jauh ke tengah pulau yang tiada line telefon untuk dihambat oleh wartawan , tiada pula boat yang menanti untuk beralasan lari meninggalkan tapak rehlah . Kita sesama kita , hadapi segala pancaroba dan tempuhi bersama suka duka biarpun 2 atau 3 hari namun ia satu simbolik untuk kekal persahabatan kita tanpa khianat bagi tempoh rehlah kedua menyusul pula akan datang . Sungguh Indah hari - hari yang dilalui dengan ketenangan . Kemudiannya ianya menjadi modal dan energy baru untuk turun semula ke medan berdepan dengan musuh - musuh Islam , lalu menjulang panji perjuangan .

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

oh wow !!! this so cool really



http://www.kingrpg.net

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Shubki nak buat rehlah di tepi pantai pulak ke?


Anak Usrah Inteam

anak jamaah pas berkata...

Saya amat bersetuju dengan pandangan yang amat terbuka serta meluasnya minda Ketua Pemuda PAS Kawasan Sik..Amat berkesan di hati saya apabila saya membacanya..DAN saya amat berharap semua ahli Pemuda baca, hayati dan kaji segala apa yang telah di sampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan..Walaupun Ketua Pemuda PAS Kawasan jarang atau tak pernah langsung turun ke kawasan atas di DUN Belantik, tapi kita wajib WALA' pada Pimpinan kita..
Mungkin nukilan Ketua Pemuda ini, di tujukan kepada individu-individu ataupun terkebetulan mengenai seseorang, itu tak tahu lah, tapi...apa yang saya paham dari tulisan Ketua Pemuda, kita mesti lah ataupun WAJIB apabila dalam satu jamaah, ada perasaan kasih sayang antara ahli..Sebab ada hadis NABI yang berbunyi, "jika kita kasih ulama', membawa ke Syurga..Kalau kita kasih Samy Vellu' membawa kita ke neraka"..
Ini tidak, kita dalam satu jamaah pun tak sehaluan..A.J.K dengan A.J.K bertelagah..Program AJK ni, AJK ni tak mai,,masing-masing ada rasa irihati, dendam dan sebagainya..
MEMANG Kena tajuknya, UMANG-UMANG yang Ketua Pemuda kata..dia tumpang, lepas tu dia bunuh kawan dia..Jangan lah kiat jadi UMANG_UMANG...beringatlah

JAMAAH KITA ADA BERSANDAR DENGAN DOSA PAHALA


Jamaah PAS