Isnin, 2 Ogos 2010

PROGRAM HAMPER RAMADHAN & BAJU RAYA UNTUK FAKIR MISKIN DI KAWASAN SIK

Sik,31 Julai 2010 - Program Sumbangan Hamper Ramadhan dan Baju Raya kepada Fakir Miskin yang dilancarkan baru-baru ini menjadi agenda utama Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik untuk membantu fakir miskin yang ada di daerah Sik sempena Ramadhan kali ini. Sehubungan dengan ini saya selaku Ketua DPPKS mengharapkan semua pihak terlibat bagi menjayakan program ini, program ini kita telah laksanakan lebih 4 tahun dan kita berjaya menjadi penghubung antara dermawan dan fakir miskin, katanya ketika dihubungi. Sesiapa sahaja yang ingin memberi sumbangan kebajikan boleh berhubung dengan Sekteriat DPPKS di alamat Kompleks PAS Kawasan Sik, Kampung Sungai Pau 08700 Sik Kedah atau boleh hubungi pejabat di talian 044620267 @ Ketua Badrul 019-4667906 @ Setiausaha Mohd Fakhrud 0194640200. Sebarang sumbangan boleh juga melalui Bank Islam Cawangan Guar Chempedak atas nama DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SIK no.akaun 02048010012201.