Rabu, 10 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan: Idea Berbahaya?

Kerajaan Perpaduan atau Unity Goverment adalah cadangan daripada Presiden Pas Tn. Guru Haji abdul Hadi Awang. Pelbagai pihak berbelah pendapat dan ada daripada pimpinan Pas yang menentang secara terbuka idea ini. Pemudasikdaily mengalu-alukan komen saudara berkenaan idea kerajaan perpaduan ini. Saudara boleh membuat ulasan secara langsung dalam ruangan komentar atau e-mail ke pemudasikdaily@gmail.com

Selasa, 9 Jun 2009

Pemudasikdaily Penghubung Anak-Anak Sik di Perantauan

Pemudasikdaily ingin menjemput semua anak-anak Sik di perantauan samada di Alor Setar, Sungai Petani, Pulau Pinang hingga ke Tambak johor terus ke Rusia atau Timur Tengah atau di mana-mana sahaja dalam dunia ini melayari blog ini untuk mendapat maklumat semasa perkembangan daerah Sik. Mudah-mudahan blog ini menjadi penghubung anak-anak Sik di perantauan dan anak-anak Sik tempatan. Saudara dijemput menjadi follower atau memberi sebarang komen atau menghantar artikel ke e-mail editor pemudasikdaily di pemudasikdaily@gmail.com Ketua Editor PemudaSikDaily.Bloggspot.Com

Jambori Amal Sik 2009 di Chalet Mat Suji

Jabatan Amal DPPKS pada satu ketika dahulu pada era kegemilangan seperti Zulkifli Samsir, Bakar mukti dan Maliki dikenali sehingga ke peringkat kebangsaan. Justeru, Penyelaras Jabatan Amal DPPKS yang baru Sdr Najib Ahmad bertekad membangunkan semula Unit Amal Sik selaras dengan perkembangan semasa. Untuk tujuan itu, satu program yang dinamakan Jambori Amal Sik akan diadakan tidak berapa lagi.
"Program pertama Jabatan Amal DPPKS pada sesi 2009-2011 ialah untuk mengadakan Jambori Amal Peringkat Kawasan Sik. Pihak J/k jabatan Amal sik telah bersetuju untuk mengadakan jambori amal peringkat Kawasan Sik di Pantai Sungai, Charuk Sireh Chepir atau Chalet Mad Suji." Katanya ketika dihubungi pemudasikdaily.
Menurut beliau lagi, "Objektif program tersebut adalah untuk merapatkan ukhwah sesama ahli dan menambah ahli-ahli baru dan meningkatkan daya saing dalam kerja berkumpulan sebagai medan tarbiah di kalangan pemuda mendepani cabaran semasa".
Sesiapa yang berminat untuk mendapat maklumat berkaitan program ini boleh menghubungi beliau atau skretariat Jabatan Amal di Pejabat Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik, Sungai Pau.

MOHD NASRI MUARAT DILANTIK KETUA PENERANGAN DPPKS

Saudara Mohd Nasri Muarat dilantik sebagai Ketua Penerangan DPPKS yang baru, beliau dilantik mengantikan Saudara Badrul Hisham Abd Rahman setelah Saudara Badrul diputuskan memegang jawatan Ketua Pemuda sesi 2009-2011. Saudara Mohd Nasri yang sebelum ini memegang jawatan Bendahari DPPKS diamanahkan untuk menerajui Lajnah Penerangan & Dakwah DPPKS sesi 2009-2011. Beliau adalah seorang yang berdidikasi dalam melaksanakan program dan juga akhtif dalam pertubuhan NGO. Dalam temubual baru-baru ini, Saudara Mohd Nasri akan menumpukan dari sudut penerangan kerajaan negeri, beliau akan memberi komitmen dan kerjasama bagi menjayakan lajnah dan DPPKS terus dipersada perjuangan.

Struktur Semula Unit Amal Sik - Naib Ketua DPPKS

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik yang baru Sdr. Najib Ahmad berhasrat memajukan pemuda Sik dengan menstruktur semula organisasi dan aktiviti Unit Amal Sik. Beliau yang juga merupakan Pengarah Jabatan Amal Sik sedang berusaha menjayakan program Kem Amal yang akan dilaksanakan tidak berapa lama lagi.

SRIDU di SIK

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik, Sdr Shubki Sulaiman telah membentangkan usul penubuhan Sekolah Rendah Islam di Kg. Sg. Pau, Sik. Usul ini diterima dengan bahas dalam mesyuarat Agung Pas Kawasan Sik baru-baru ini. Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pasti Negeri Kedah mewakili cawangan Sg. Pau mengutarakan idea ini. Pemudasikdaily dimaklumkan tanah seluas 1 ekar yang terletak berhampiran markaz Besar Pas Sik menjadi tapak cadangan beliau. "Tujuan penubuhan SRI ini adalah untuk memperkasa agenda tarbiah di kawasan ini" tegasnya dalam ucapan pembentangan usul tersebut

Badrul Hisham Ketua Pemuda Pas Sik sessi 2009-2011

Mesyurat Agung Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik baru-baru ini sebulat suara melantik Sdr Badrul Hisham iaitu pegawai khas kepada Yb Adun Jeneri sebagai Ketua Pemuda yang baru. Tanda tanya siapa ketua DPPKS yang baru terjawab apabila beliau menjawat jawatan itu tanpa sebarang pertandingan. Beliau menggantikan Ustaz Ismail Haji Mahmud yang telah pun melepaskan jawatan untuk memberi peluang kepada muka baru.