Ahad, 30 Ogos 2009

KEMBALIKAN BUDAYA GERAK SAHUR

Sik- Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik menganjurkan program Gerak Sahur di Kampung Sungai Pau sempena bulan Ramadhan ini. Menurut Pengerusi Lujnah Tarbiah DPPKS, Sdr. Shubki Sulaiman, penganjuran program ini bertujuan mengembalikan budaya membangunkan jiran tetanga bangun bersahur. "Ini lah kali pertama kita menganjurkan program ini bagi menyedarkan semula masyarakat kepentingan bersahur dan membangunkan jiran tetangga bersahur," katanya kepada pemudasikdaily yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik. Dalam program tersebut YB. Haji Yahya Abdullah ADUN Jeneri dengan diiringi Ketua dan EXCO Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik menjelajah seluruh pelusuk kampung membangunkan penduduk bangun bersahur disamping memberi sumbangan hamper kepada warga tua, ibu tunggal dan anak-anak yatim. "Program ini akan diteruskan sepanjang Ramadhan ini bagi menghidupkan kembali sunnah nabi yang kian dilupakan ini," katanya sambil menerangkan program itu bermula dengan majlis berbuka puasa, bertarawih dan qiamullail bermula jam 3.00 pagi di Masjid Sungai Pau.

Selasa, 25 Ogos 2009

Anwar Jumpa Najib ?

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kononnya beliau mengadakan perjumpaan secara peribadi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akhir bulan lepas. "Saya ada jumpa dia tetapi berkaitan hal kerja di Parlimen, secara peribadi tidak ada," katanya kepada pemberita selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir hari ini mengikut berita yang disiarkan Malaysiakini. Laman web The Malaysian Insider semalam melaporkan kononnya Anwar telah mengadakan perjumpaan secara peribadi dengan Najib di kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya.

Ahad, 23 Ogos 2009

Radzi Keluar PKR : Peringatan di Awal Ramadhan

Pengumuman keluar Mohd Radzi Salleh Adun Lunas daripada PKR disambut gembira pimpinan tertinggi BN. Pendukung Pas dan PKR pula bercampur-campur antara marah, geram dan kecewa. Sebagai pendukung Gerakan Islam, setiap perkara yang terjadi sudah tentu ada hikmahnya. Ada perkara yang perlu dimuhasabah dan diperbetulkan. Permainan politik yang diasaskan oleh Niccolo Machiavelli pada zaman renaisance di Eropah memungkinkan seribu kemungkinan. Dalam sejarah Islam, Muawiyah Abu Suffian adalah sahabat yang licik berpolitik, Umar Al-Khattab adalah sahabat yang tegas dan disegani. Manakala Omar Abdul Aziz adalah pemimpin adil yang dikenang sehingga ke hari ini. Apakah kerajaan Kedah pimpinan PAS akan tumbang secara tidak demokratik? Perkara itu tidak mustahil. Pemimpin parti Refah, Najmudin Erbakan yang menang dalam pilihanraya Turki dan diangkat menjadi Presiden ditumbangkan oleh tentera setelah beberapa bulan memerintah. Walaupun Najmudin hilang jawatan presiden tetapi Islam terus berkembang di Turki dan pengaruh sekular yang diasaskan Mustafa Kamal Attartuk kian menyusut. Apakah salah Najmudin pada kaca mata sekular? salahnya Najmudin berusaha menghapuskan undang-undang sekular dalam pentadbiran Turki dan menggantikannya dengan undang-undang Islam. Selamat Berpuasa! "Tingkatkan Amal untuk Keredhaan Allah" Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik

Khamis, 20 Ogos 2009

Mimpilah Umno Terus Bermimpi

*(Roslan SMS)-(180809) Baru sebentar tadi saya menerima panggilan telefon dari seorang aktivis PAS di Kuala Selangor. Katanya beliau baru menurunkan suatu kain rentang di Assam Jawa yang dipercayai dinaikkan lewat tengah malam yang mendesak agar YAB Tan Sri Khalid Ibrahim melepaskan semua jawatan beliau. Katanya kain rentang tersebut dari jenis yang berkualiti dan dicetak kemas. Memang Umno Selangor bernafsu besar sejak kebelakangan ini, mengeluarkan kenyataan kononnya Umno Selangor akan kembali memerintah negeri ini pada 31 Ogos nanti. Malah berbagai SMS dikirimkan antaranya menyebut bahawa sekurang-kurangnya 7 orang EXCO Selangor akan didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan mengakibatkan kerajaan negeri Selangor roboh. Selangor bukan Perak yang dirampas melalui politik pintu belakang dari tangan Pakatan Rakyat (yang boleh jatuh kerana berpaling tadahnya 3 ADUN PR), Selangot bukan macam Kelantan pra PRU ke 12 yang bertahan cuma dengan majoriti 1 kerusi. Bukannya mahu bercakap besar tetapi hakikatnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kukuh dengan kedudukan 36 kerusi berbanding Umno BN yang hanya punya 20 kerusi. Umno memang berhak bermimpi untuk kembali berkuasa dalam waktu terdekat di Selangor ini. Mungkin dengan menaikkan kain-kain rentang seluruh Selangor maka mimpi mereka boleh menjadi nyata. Mungkin dengan menantikan EXCO-EXCO dan ADUN-ADUN PR Selangor diseret ke mahkamah dan disabitkan dengan pelbagai tuduhan buat-buatan maka mimpi mereka boleh jadi nyata. Teruslah bermimpi. Realitinya rakyat sudah muak dengan karenah mereka di Selangor ini, Mungkin kerajaan PR di Selangor ini baru usianya, mungkin antara PAS, PKR dan DAP baru mahu belajar memerintah, bekerjasama, tetapi sekurang-kurangnya mereka lebih diyakini dari BN yang telah jelas menoda dan mencabul amanah rakyat selama lebih 50 tahun lalu. Sejarah hitam Selangor di bawah BN tidak boleh dijernihkan dengan mimpi-mimpi yang enak-enak dan dakwaan yang tidak berasas. Kalau mahu bertarung dan berlawan populariti, maka tunggulah PRU ke 13 nanti. Jangan berangan-angan mencetuskan rampasan kuasa melalui politik pintu belakang di sini. Banyak isu yang bertimbun di atas kepala mereka masih belum dirawat. Istana Khir Toyo yang menelan jutaan ringgit itu sudah cukup memualkan keyakinan rakyat terhadap mereka. Isu PKFZ yang sedang panas turut membabitkan pimpinan BN negeri termasuk Umno. Tiba-tiba merekamahu kembali berkuasa begitu sahaja! PR Selangor telah bertahan selama setahun dan tidak ada sebab ia tidak boleh bertahan sehingga tamat tempuhnya malah melanjutkan pula tempuhnya selepas PRU ke 13 nanti. Yang pentingnya amanah yang diberikan rakyat dilaksanakan dengan baik, yang pentingnya mereka tidak mengulangi dosa-dosa Umno dan BN. Kalau mereka berjaya begitu tidak ada sebab rakyat Selangor mahu kembali kepada BN, kecuali dalam mimpi.

Selasa, 11 Ogos 2009

Program Sumbangan "BAJU RAYA & HAMPER RAYA" kepada Fakir Miskin

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik akan melaksanakan program Sumbangan "BAJU RAYA & HAMPER RAYA" kepada Fakir Miskin di dalam Kawasan Sik. Tujuan dan objektif program ini adalah untuk membantu orang yang memerlukan sumbangan, pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik ingin menjadi penyambung antara para dermawan dengan fakir miskin, dan menyuburkan semangat ikram (tali persaudaraan) sesama kita. Program ini memerlukan jasa baik YB,Dato,Datin,Tuan,Puan,Saudara,Saudari bagi menjayakan misi program ini. Sehubungan itu YB,Dato,Datin,Tuan,Puan,Saudara,Saudari bolehlah menghubungi (Setiausaha) Sdr. Mohd Fakhrul Rizal di talian 019-5062007 untuk keterangan lanjut. SUMBANGAN seperti berikut :- 1. Ringgit Malaysia (RM) 2. Baju Raya 3. Hamper (RM25-1 hamper) * Beras pulut,gula,milo,susu,teh, dan lain-lain. Bank In boleh dibuat atas nama (BIMB) : DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SIK No. Akaun : 02084010022679

Isnin, 10 Ogos 2009

Isu Arak : Tahniah & Syabas Kepada PAS Selangor

UMNO Selangor mengambil peluang untuk memperlekehkan PAS Selangor kerana dianggap ‘baru bangun dari tidur’ kerana lewat mengambil tindakan terhadap penjualan arak di Selangor. Ketua penerangan UMNO Selangor, Abdul Syukur Idrus mempersoalkan peranan tiga exco PAS yang berada di dalam Kabinet PR memerintah negeri Selangor hari ini yang dilihat tidak berupaya untuk membenteras penjualan arak di Selangor khususnya Shah Alam.

Dr Khir Toyo juga dalam posting terbarunya “Menang Sorak, Kampung Tergadai” dalam blog www.drkhir.com juga membuat ulasan yang berkaitan dengan isu rampasan arak di SA.

Mesyuarat Penuh Dewan Pemuda PAS Pusat pada hari Sabtu yang lalu juga membicangkan isu yang berlaku di SA ini.

Ada beberapa kemungkinan yang tidak begitu jelas pada pandangan dan ingatan sdr Abdul Syukur terhadap isu arak ini.

1. PAS bersama PR baru sahaja memerintah negeri Selangor sedangkan UMNO telah mengetuai kerajaan negeri Selangor sejak merdeka lagi, sepatutnya perkara ini telah selesai ketika Selangor dipimpin oleh UMNO,

2. PAS mengambil tindakan mengedarkan 80 ribu risalah untuk memberikan kesedaran kepada rakyat dengan harapan rakyat akan menyedari dan membawa kepada sokongan terhadap tindakan PAS di Selangor kerana UMNO Selangor tidak ada kemampuan untuk mencetak dan mengedarkan risalah tersebut satu ketika dahulu,

3. Sdr Abdul Syukur menyebut bahawa “Keputusan ada di tangan mereka, sebab mereka sebahagian daripada kerajaan” terhadap 3 exco PAS di Selangor sedangkan sebelum ini MB Selngor sendiri dilantik daripada kalangan pemimpin UMNO yang sudah tentu lebih besar keputusan yang boleh dicapai ketika itu,

4. Abdul Syukur ingin melihat ‘kebijaksaan PAS sebagai kerajaan menangani isu ini. Bermakna, UMNO tidak bijaksanakah ketika memerintah Selangor dalam menangani isu ini?

5. Abdul Syukur juga berkata, “Kita nak tengok kebolehan PAS. Mereka juga ingat bahawa mereka jauh lebih Islam daripada Umno”. Ada kemungkinan bahawa Abdul Syukur cuba untuk memberikan gambaran bahawa dengan membenarkan arak dijual di Selangor sebelum ini adalah satu contoh bahawa UMNO lebih Islam daripada PAS.

Saya percaya isu penjualan arak di Selangor akan diselesaikan dengan semangat kerjasama yang harmoni walaupun anasir-anasir luar memang menunggu masa untuk memporakperandakan Pakatan Rakyat di Selangor.

Tahniah kepada Pemuda PAS Selangor yang telah berjaya mengadakan pertemuan dan menyerahkan memorandum kepada Ronnie Liu berkaitan isu ini. (sahabat SA)

Rabu, 5 Ogos 2009

Menyelahi Undang-Undang (Salah Guna Kuasa)

Ketika kejadian ini berlaku, saya baru selesai membelikan air untuk seorang sahabat dan kemudian pergi ke kios handphone berhampiran untuk membeli cover handphone. Tidak lama kemudian saya mendapat panggilan daripada Nasir agar kembali segera ke tempat duduk kami kerana polis telah "merampas" IC dua orang pimpinan Pemuda PKR.
Bila menghampiri tempat itu saya signal angkat kepala tanda bertanya kenapa dan ada apa. Sambil berdiri memehatikan kira-kira 5 kaki ke belakang daripada kepungan polis. Tiba-tiba seorang SB memberikan signal kepada CID dan menunjuk ke arah saya. Secara tiba-tiba CID tersebut mendepakan tangannya dan cuba "menggolongkan" saya dalam kepungan mereka. Saya bertanya kepada pihak polis adakah kami ditahan? CID yang bertugas mengatakan tidak tetapi polis hanya mahu membuat "documentation". Namun, akhirnya kami dipaksa menaiki trak polis yang tiba khusus untuk membawa kami ke lokasi yang juga tidak dimaklumkan. Justeru, kami melaungkan ungkapan Hidup Rakyat dan MANSUHkan ISA untuk menarik perhatian semua dan sebagai signal bahawa kami membantah penahanan haram ini.
Saya tidak akan bercerita panjang di sini memandangkan kami telah didakwa di mahkamah dengan tuduhan berhimpun secara haram meskipun di situ jelas tiada sebarang perhimpunan. Kes kami akan mula dibicarakan pada 4 September 2009 di Mahkamah Sesyen Jenayah 5, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, KL. Itu kes pertama.
Manakala Kes kedua tuduhan bahawa saya, nasir dan norzaili tidak mempunyai IC (yang hampir-hampir menghumban kami ke Penjara Kajang untuk tempoh semalam - dan kami percaya memang itu niat Polis bagi menakutkan dan emosi + mental torchure) akan dibicarakan pada 10 September 2009, di Mahkamah Majistret 10 juga di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, KL.
Jadi, saya tidak akan bercerita di dalam email ini, di Majlis Penerangan yang lain insyaAllah. Cuma, rumusan saya sebagai seorang pengamal Sains Politik dan juga aktivis, Penahanan kami ini merupakan satu PENAHAHAN HARAM.
Sebelum ditahan pada 1 ogos 2009 yang baru lepas ini, saya punya kesungguhan 100% untuk turun kepada rakyat di seluruh negara bagi menceritakan kezaliman Regim BN dan salah guna kuasa polis yang berlarutan. Tetapi selepas pengalaman reman 3 hari dua malam (pengalaman reman yang kedua dalam hidup saya) ; saya kini mempunyai semangat dan azam berlipat kali ganda : 1000% untuk turun ke khalayak rakyat bagi menceritakan kejahatan Regim BN dan salah guna kuasa serta kemunafikan Polis! Nah, alhamduliLlah...Najib 1 Malaya sebenarnya sedang "menempah keranda dan liang lahad" untuk BN dan sekutu-sekutunya DITALQINKAN sepenuhnya pada PRU13 akan datang. Hidup Pejuang dan Perjuangan Rakyat! Allahu Akbar!! (dari Demo KL)

Selasa, 4 Ogos 2009

Majlis Daerah Sik: Piagam Pelanggan Utamakan Rakyat

Majlis Daerah Sik ditubuhkan pada 1 Ogos 1975. Penubuhan mengikut Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Majlis Daerah Sik diketuai oleh seorang Pegawai Daerah yang dibantu oleh timbalannya dan 16 orang ahli Majlis. Ahli-ahli Majlis ini dilantik oleh kerajaan negeri untuk berkhidmat selama 2 tahun dan tempoh perkhidmatan mereka akan diperbaharui selagi perkhidmatan mereka masih diperlukan. Ahli-ahli Majlis Sik terdiri daripada komponen-komponen parti politik Pakatan Rakyat di Kedah dan pegawai-pegawai kerajaan yang bertanggungjawab menggubal polisi-polisi tersebut dengan sistematik dan berkesan. Majlis Daerah Sik menjalankan pentadbirannya dengan menggunakan sistem jawatankuasa. Semua jawatankuasa akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk membincangkan isu-isu dalam bidang jawatankuasa masing masing. Segala keputusan yang dibuat oleh setiap jawatankuasa akan dibentangkan semasa mesyuarat Jawatankuasa Induk pada setiap akhir bulan untuk diterimapakai oleh Majlis. Untuk mencapai Visi dan Misi, Majlis Daerah Sik menetapkan 17 Piagam Pelanggan yang perlu dipatuhi oleh semua kakitangan Majlis antaranya:-
1. Semua akan dilayan dengan senyuman, mesra, bersopan santun dan adil.
2. Pemeriksaan premis-premis yang dilesenkan oleh Majlis sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan keadaan sesuai dan bersih.
3. Memastikan tindakan adalah wajar dan sah di sisi undang-undang.
Maklumat lanjut berkaitan Majlis Daerah Sik dan Piagam Pelanggan boleh didapati di web:-
info Daripada Meja Ketua Penerangan DPPKS