Sabtu, 31 Oktober 2009

CINA HORMAT PAS SELEPAS KANALI TOK GURU NIK AZIZ

IPOH, 1 Nov: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat petang semalam melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana masyarakat bukan Islam, termasuk para pemimpin DAP negeri sudi menjemputnya bersama-sama memperkukuh majlis Pakatan Rakyat di Perak.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana parti PAS diterima oleh orang bukan Islam. PAS negeri tidak lagi menjemput saya dalam program parti, tapi Ngeh Khoo Ham...pemimpin DAP yang jemput saya sama-sama perkukuh Pakatan Rakyat di Perak."

Demikian kata Nik Aziz ketika memberikan ucapan di majlis penutup konvensyen Pakatan Rakyat Perak.

Dalam nada berjenaka, Nik Aziz melahirkan rasa terkejut kerana pemimpin PAS tidak lagi menjemputnya, disebabkan beliau menyokong Pakatan Rakyat.

Dalam ucapan perasmian itu juga, Nik Aziz mengajak semua pemimpin parti-parti peringkat negeri menjadikan parti masing-masing berusaha mengenal Pencipta dunia ini, iaitu Allah.

"Sebelum (Allah) mencipta manusia, bumi ini telah ada. Kalau Allah cipta dulu manusia baru cipta bumi, di mana manusia nak tinggal...dia (manusia) kata dia cipta (dunia)...Umno tak kenal Pencipta, sebab itu dia rampas kerajaan...dia (Umno) anggap bumi ini dia punya," jelasnya.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana para pemimpin Pakatan Rakyat Perak berusaha untuk saling mengenali antara satu sama lain.

"Begitu juga manusia, Allah cipta tak sama muka...supaya kenal-mengenal...saya jadi Melayu kebetulan (dan) Ngeh Khor Ham jadi Cina kebetulan sebab itu rahmat."

"Kalau Allah jadikan manusia sama semua muka macam (seperti) selipar Jepun, susah nak kenal mana satu Nik Aziz dan Ngeh Kor Ham," jenaka Nik Aziz lagi.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut menjelaskan tohmahan Umno kononnya budaya membaca ayat al-Quran oleh beberapa pemimpin DAP sebagai suatu penghinaan kepada Islam.

"Nabi pun mengutus surat pada semua pemimpin kerajaan bukan Islam, Raja Najasyi di Habsyah, Kaisar di Parsi, Heracleus di Rom, Nabi mula dengan tulis ayat al-Quran."

"Nabi tulis untuk pemimpin bukan Islam baca, bukan Nabi tulis: jangan baca ayat al-Quran ini sebab nanti hina Islam. Pemimpin Umno bodoh agama dan tak suka ikut Nabi," tegas Nik Aziz lagi.

Tegas Nik Aziz lagi, perjuangan PAS berdasarkan ajaran Islam, bukannya politik perkauman Melayu sebagaimana yang diamalkan Umno.

Jadi, beliau mengajak masyarakat bukan Islam mengenali Islam sebelum mengenali perjuangan PAS di Malaysia.

Ngeh Khoo Ham yang berucap sebelumnya mengakui bahawa DAP dan beliau sendiri sebelum ini percaya bahawa PAS adalah parti ekstrem, disebabkan terperdaya dengan propaganda Umno.

"Dulu saya memang ingat PAS (sebagai) parti ekstremis agama, fundamantelis dan tidak suka orang Cina (dan) dan bukan Islam. Itu semua sebelum kenal Tok Guru dan Hj. Nizar lah," jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Perak menyuarakan rasa kagum dengan kepimpinan amanah Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana bersabar dan terus mempertahankan mandat rakyat, walaupun selepas Umno merampas kerajaan negeri.

Katanya lagi, kewibawaan Nizar menyebabkan majoriti rakyat terus bersama Pakatan Rakyat, walaupun beberapa Adun Pakaran Rakyat mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas.

Beliau juga berharap hubungan antara PAS, PKR dan DAP di Perak kekal kukuh, walaupun masing-msing mempunyai beberapa perbezaan dari segi ideologi kepartian.

Turut menyertai majlis perasmian penutup Nik Aziz itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Mustafa Kamil Ayub, Speaker DUN V. Sivakumar dan Setiausaha DAP Perak Nga Kor Meng,

Dipercayai kekaguman para pemimpin Pakatan Rakyat Perak terhadap peribadi Nik Aziz kerana Mursyidul Am PAS itu kebelakangan ini tegas mempertahankan gagasan Pakatan Rakyat dari diperdaya oleh Umno.

Ianya sekaligus menjadikan Nik Aziz bukan sahaja berwibawa dalam kalangan ahli-ahli PAS, malah mula dikagumi oleh para pemimpin Pakatan Rakyat sendiri._

Rabu, 28 Oktober 2009

PAS AKAN ADAKAN SEMINAR BINCANG HALA TUJU PARTI

KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikann muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 Disember ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Image Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.

PEMUDA PAS SIK KECAM KOSMO

SIK- Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik mengecam kebiadaban Akhbar Kosmo yang belum memohon maaf atas tulisan pengarangnya Zulkifli Manzor mengaitkan Isu Memali dengan ajaran sesat.Menurut Setiausaha Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik, Sdr. Fakhrud Rizal Mokhtar, pengurusan KOSMO sepatutnya peka dengan isu sensitif seperti ini. "Mereka sepatutnya memahami isyarat yang ditunjukan oleh 500 Pemuda Pas Kedah membanjiri perkarangan pejabat akhbar tersebut di Alor Setar semalam," tegasnya yang turut hadir dalam perhimpunan tersebut. "Siapa Zulkifli ini? Apakah kekebalannya dia? Saya mahu pengurusan Kosmo pecat dia atau terima akibat daripada kebangkitan pemuda selepas ini," Katanya lagi. "Kita umat Islam di Kedah hidup secara aman dan damai di bawah Kerajaan Pas, apa tujuan isu ini dibangkitkan melainkan untuk memecah belahkan masyarakat" katanya yang mengandaikan ada pihak tertentu yang mempunyai agenda jahat di sebalik isu ini.
Assyahid Ustaz Ibrahim Libya
SIK- Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik mengecam kebiadaban Akhbar Kosmo melalui pengarangnya Zulkifli Manzor yang masih berdegil tidak mengendahkan tuntutan Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah supaya memohon maaf kepada seluruh umat Islam negeri Kedah kerana tulisannya berbaur fitnah dan khianat mengaitkan isu Memali dengan ajarab sesat.

Selasa, 27 Oktober 2009

ISU MEMALI : KETUA PEMUDA PAS KEDAH DITAHAN POLIS

ALOR STAR - Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya ditahan semasa menghantar memorandum kepada Ketua Biro akhbar Kosmo! Kedah Ahmad Syahir Kassim di Bangunan Tunku, di Alor Setar semalam. Add ImageKetua Polis Daerah Kota Setar ACP Abdul Ghafar Rajab berkata Ahmad dan seorang anggota exco Dewan Pemuda PAS Kedah itu ditahan selama satu jam untuk diambil keterangan berhubung insiden yang berlaku kira-kira 4.30 petang. Beliau berkata Ahmad kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. "Polis akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana menganjurkan perhimpunan haram tanpa permit dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana cuba menghalang penjawat awam menjalankan tugas," katanya kepada pemberita. Difahamkan, lebih 100 pemuda PAS berkumpul di hadapan Bangunan Tunku bagi menghantar memorandum sebagai tanda bantahan terhadap penyiaran artikel yang bertajuk 'Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat' yang disiarkan akhbar Kosmo! kelmarin yang mengaitkan Peristiwa Memali dengan ajaran sesat. ( BERITA BERNAMA) PETIKAN BERITA KOSMO Fakta dalam KOSMO! hari Isnin 26 Oktober 2009 / Mukasurat 11 bertajuk : Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat. tulisan oleh : ZULKIFLI MANZOR- PETIKAN BERITA KOSMO! TERSEBUT IALAH : "Meskipun hampir 3 dekad berlalu namun peristiwa Balai Polis Batu Pahat Johor diserang sekumpulan 20 pengikut ajaran sesat kira-kira 29 tahun lalu masih menjadi igauan sehingga kini " Dalam kejadian pada 16 Oktober 1980 itu sekumpulan pengikut ajaran sesat bersenjatakan parang mengamuk di balai itu menetak anggota polis dan orang awam" " Kemudian berlaku peristiwa Memali pada 19 November 1985 yang mengorbankan 18 orang dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain di Kg Memali Kedah" ' Dalam kejadian tersebut pertempuran berlaku di antara pihak berkuasa dengan penduduk kammpung yang cuba mempertahankan ketua mereka Ibrahim Libya daripada ditahan."

Isnin, 26 Oktober 2009

Aikkk... Sejak Bila Plak PAS Pun Takutkan Blog? - Kedahlanie

Apabila timbul isu Musyid Am PAS membuat cadangan supaya diadakan muktamar khas atas sebab yang dimaklumi, ada beberapa pimpinan PAS melalui blog masing-masing mula mempersoalkan blog-blog yang mengulas mengenai isu itu mengikut sudut pandang tersendiri.

Ada yang turut melarang isu itu disentuh di dalam blog dengan alasan penulis blog tidak mendapat maklumat yang benar, hanya maklumat daripada blog juga. Ada juga yang mula memainkan isu ‘kebebasan’, yakni boleh bebas menulis apa sahaja di dalam blog tetapi tidak bebas untuk menulis mengenai isu-isu dalaman PAS.

Turut dipersoalkan ialah maklumat yang diperolehi oleh penulis blog. Penulis blog menulis mengenai sesuatu dengan maklumat separuh masak, yakni bukan daripada pihak yang terlibat sendiri.

Dan banyak lagi…!

Eh, sejak bila pula penyakit takutkan blog ini berjangkit kepada beberapa pimpinan PAS tertentu? Suatu masa dulu PAS berbangga dengan media baru ini. Blog adalah media alternatif, media yang membongkar penyelewengan Umno, media yang boleh dipercayai, media yang melonjakkan kemenangan PAS dalam beberapa PRU, dan macam-macam lagi pujian pimpinan PAS kepada blog dan blogger.

Hari ini berbeza pula, blog disaran tidak membincangkan isu-isu sensitif mengenai PAS. Sudah berpusing 180 darjah?

Apa salahnya isu-isu dalaman PAS dibincangkan di dalam blog? Kalau penulis blog itu adalah pimpinan PAS, dan dia terlibat dengan mesyuarat-mesyuarat PAS, diyakini dia memegang amanah kerahsiaan. Kalau dia membocorkan rahsia, itu bukan salah blog, itu salah tuan punya blog itu.

Bukankah TGNA juga mengemukakan cadangan mengenai muktamar khas melalui blog? Justeru biarlah blogger, samada dia ahli biasa PAS, pimpinan PAS atau sesiapa sahaja memberikan pandangannya mengenai perkara itu di dalam blog miliknya.

Usah takut kepada blog…! Jangan bila sesuatu itu menguntungkan kita, kita pun memuji dan menyanjungnya. Tetapi bila terkena batang hidung kita, kita pun kata dia tidak berguna.

Rabu, 21 Oktober 2009

Angka 3 di Sik

Berita pertama berlaku ditanah tumpah darahku, Daerah Sik. Penduduk Kg Selamat (dulu dikenali sebagai Kg Joget) yang terputus bekalan air selama 3 minggu dan terpaksa berulang alik 3 kilometer setiap hari untuk mengangkut air. Kenapa angka ‘3’ ( tiga minggu, tiga kilometer, tiga orang yang ditemu bual dan 13 haribulan) menjadi angka terpopular berita ini? Kampung Selamat bersebelahan Kg Teloi Tua dan Kg Kerawai (tiga serangkai). Di sana ada Sungai Chepir yang mengalir deras yang menjadi sumber air utama rumah pam Batu Lima.
Sungai itulah tempat saya mandi dan ‘melepas’ bila bermalam di rumah Chu (Mak Su) di Kg Teloi Tua di zaman kanak-kanak tahun 80-an. Bekalan air paip belum ada. Hanya ada telaga dan sungai itu sebagai. Airnya jernih, separas lutut. Dari Kg Selamat, walau agak jauh, tetapi tidak sampai tiga kilometer jaraknya. Mungkin jarak itu diambil dari kg Padang Toi. Ada yang lebih suka air bukit, yang menjadi alternative paip JBA. Kalau air bukit disalur ke rumah dipanggil ‘air paip masyarakat’, yang jarang ditutup pilinya, mengalir 24 jam dengan bayaran senggaraan takungan RM1 – RM3 sebulan (tiga lagi!). Khazanah bukit bukau ini berjasa puluhan tahun lamanya hingga sebahagian ‘skim’ ini tertimbus dan dilupakan. Telaga juga ditimbus, gara-gara paip JKR (JBA). Saya bersimpati di atas kesulitan yang sedang menimpa penduduk di beberapa daerah di Kedah, khususnya di Kg Selamat (Joget). Bersabarlah...ia akan diatasi segera! Harapan saya JBA cepat mengatasi kerosakan paip utama. Tapi jangan angka ‘3’ dalam berita ini macam filem Tan Sri P Ramli yang juga sering menggunakannya dalam skrip filem seperti Madu Tiga, Tiga Abdul, 'jam tiga pagi' dan Tiga Pendekar Bujang Lapok. Semuanya untuk menyedapkan cerita.
Berita pertama berlaku ditanah tumpah darahku, Daerah Sik. Penduduk Kg Selamat (dulu dikenali sebagai Kg Joget) yang terputus bekalan air selama 3 minggu dan terpaksa berulang alik 3 kilometer setiap hari untuk mengangkut air. Kenapa angka ‘3’ ( tiga minggu, tiga kilometer, tiga orang yang ditemu bual dan 13 haribulan) menjadi angka terpopular berita ini? Kampung Selamat bersebelahan Kg Teloi Tua dan Kg Kerawai (tiga serangkai). Di sana ada Sungai Chepir yang mengalir deras yang menjadi sumber air utama rumah pam Batu Lima.
Sungai itulah tempat saya mandi dan ‘melepas’ bila bermalam di rumah Chu (Mak Su) di Kg Teloi Tua di zaman kanak-kanak tahun 80-an. Bekalan air paip belum ada. Hanya ada telaga dan sungai itu sebagai. Airnya jernih, separas lutut. Dari Kg Selamat, walau agak jauh, tetapi tidak sampai tiga kilometer jaraknya. Mungkin jarak itu diambil dari kg Padang Toi. Ada yang lebih suka air bukit, yang menjadi alternative paip JBA. Kalau air bukit disalur ke rumah dipanggil ‘air paip masyarakat’, yang jarang ditutup pilinya, mengalir 24 jam dengan bayaran senggaraan takungan RM1 – RM3 sebulan (tiga lagi!). Khazanah bukit bukau ini berjasa puluhan tahun lamanya hingga sebahagian ‘skim’ ini tertimbus dan dilupakan. Telaga juga ditimbus, gara-gara paip JKR (JBA). Saya bersimpati di atas kesulitan yang sedang menimpa penduduk di beberapa daerah di Kedah, khususnya di Kg Selamat (Joget). Bersabarlah...ia akan diatasi segera! Harapan saya JBA cepat mengatasi kerosakan paip utama. Tapi jangan angka ‘3’ dalam berita ini macam filem Tan Sri P Ramli yang juga sering menggunakannya dalam skrip filem seperti Madu Tiga, Tiga Abdul, 'jam tiga pagi' dan Tiga Pendekar Bujang Lapok. Semuanya untuk menyedapkan cerita.

PAKAR FORENSIK: 80 %TEOH DIBUNUH

Seorang pakar forensik dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam. Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'. Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.

Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.

Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh. Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.

Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh "jatuh dalam keadaan sedar" tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar. Beliau memberi tiga sebab dalam membuat kesimpulan tersebut, iaitu: 1) Laporan bedah siasat menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah, tetapi beliau (Dr Pornthip) tidak menemui kecederaan untuk melindungi diri. 2) Beliau menemui luka-luka yang kelihatan berlaku sebelum mangsa jatuh. 3) Kecederaan pada bahagian dada adalah akibat impak awalan. Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh. Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit. Teoh - setiausaha politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah - ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam berhubung dakwaan salahguna wang negeri pada 15 Julai lalu.

Selasa, 20 Oktober 2009

4 PEGAWAI JABATAN HUTAN KEDAH DITAHAN SPRM KERANA TUDUHAN RASUAH

Gambar Hiasan -
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan empat orang pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah yang terdiri daripada seorang pegawai kanan, seorang pegawai dan dua orang renjer hutan semalam dan hari ini kerana disyaki terlibat dengan jenayah rasuah melibatkan kawasan hutan di Ulu Muda, Sik, Kedah. “Mereka telah ditangkap kerana disyaki menerima wang rasuah lebih daripada RM100,000 sebagai balasan meluluskan kompatmen pembalakan (logging compartment,” demikian menurut kenyataan SPRM. SPRM juga turut menyita wang tunai berjumlah RM300,000 yang dijumpai di dalam rumah salah seorang pegawai yang ditangkap dan SPRM sedang menyiasat sumber wang yang telah disita tersebut. Mereka kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Rabu, 14 Oktober 2009

Pemuda UMNO Akui Mereka Dipinggirkan

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno Langkawi Nor Saidi Nayan menyarankan supaya lebih banyak jawatan senator diberikan kepada pemimpin pergerakan tersebut.
"Sampai bila Pemuda mahu subur dan segar dengan hanya itu (pujian). Pemuda perlu diinstitusikan. Kalau Puteri diberi jawatan senator, kalau Wanita di berikan jawatan senator, bila lagi untuk Pemuda? "Apakah lekeh sangat kami ini?. Kalau (kepimpinan) di atas (pentas) tidak mampu, bagi (kepada perwakilan) yang ada dekat bawah. Tak bolehkah beri kepada wakil Pemuda, sebagai senator?" soalnya. Nor Saidi berkata demikian ketika berucap menyokong cadangan membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Ucapan Nor Saidi yang penuh bersemangat itu, mendapat tepukan gemuruh 795 perwakilan yang hadir di persidangan agung pemuda UMNO 2009 di sini.

Selasa, 13 Oktober 2009

BAGAN PINANG 42 % BUKAN MELAYU UNDI BN

Sokongan bukan Melayu kepada Umno melonjak sebanyak 42 peratus dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang Ahad lalu. Penganalisa politik, Ong Kian Ming membuat anggaran tersebut berdasarkan angka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika menganalisa sokongan untuk BN dari 2008 hingga 2009 mengikut saluran dan komposisi etnik di saluran-saluran masing-masimg. Menurutnya, undi untuk calon BN, Tan Sri Isa Samad mencatatkan peningkat 4 peratus dari pengundi Melayu berbanding dengan keputusan pilihan raya umum 2008. Dalam pilihan raya kecil Ahad lalu, majoriti yang diperolehi Isa berganda berbanding majoriti calon BN Azman Mohammad Noor pada 2008. Isa - bekas menteri yang digantung keahliannya dalam Umno selama tiga tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan politik wang sewaktu pemilihan Umno pada 2004 - mendapat majoriti 5,435 undi, berbanding majoriti 2,333 undi yang diperolehi Azman. Menurut Ong, berdasarkan keputusan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang itu, 67 peratus pengundi Melayu menyokong Isa. Lebih menarik lagi, katanya, 73 peratus pengundi bukan Melayu menyokong calon dari Umno itu. Tiga faktor utama Ong mengenal pasti tiga faktor utama yang mendorongkan pengundi beralih menyokong BN.
Kehadiran Isa yang begitu lama di kawasan tersebut serta merupakan bekas menteri besar. Isa juga merupakan ketua Umno bahagian Telok Kemang.
Kelemahan calon dan jentera pilihanraya PAS.

Isu-isu tempatan yang dianggap lebih penting daripada isu-isu nasional seperti insiden perarakan kepala lembu di Shah Alam dan kes kematian Teoh Beng Hock. Mengenai undi pos pula - yang merupakan hampir 40 peratus pengundi Bagan Pinang - Ong berkata, reputasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan popularitinya ketika menjadi menteri pertahanan, menjamin Umno mendapat sebahagian besar undi berkenaan.
Isa mendapat 3,521 undi pos manakala calon PAS Zulkefly Mohd Omar hanya memperolehi 601 undi. Dalam pilihanraya umum 2008, BN mendapat 3,080 manakala PAS memperolehi 1,189 undi. Peringatan untuk Pakatan Ong bagaimanapun berkata, peralihan sokongan yang besar terhadap BN di Bagan Pinang mungkin tidak akan berlaku di kawasan pilihanraya yang lain. "Peralihan sokongan kepada BN (di kawasan lain) mungkin lebih kecil kerana ketiadaan undi pos dan kekurangan calon lain seperti Isa," katanya. Beliau juga mempersoalkan sama ada kejayaan BN Ahad lalu, dapat diulangi di kawasan pelbagai kaum yang dimenangi oleh pembangkang. "Tidak mudah bagi BN untuk mendapat sokongan yang sama (seperti di Bagan Pinang) di mana-mana kerusi di kawasan bandar dengan majoriti pengundi Cina. "Adalah satu kesilapan untuk beranggapan bahawa peralihan sokongan yang besar (seperti di Bagan Pinang) dapat diulangi di kawasan pilihan raya yang lain, contohnya di Selangor dan Kuala Lumpur," katanya. Namun begitu, Ong berkata, keputusan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang adalah satu peringatan kepada Pakatan Rakyat. "Ia adalah satu peringatan, terutama kepada PAS, bahawa mereka tidak boleh mengambil mudah terhadap pengundi bukan Melayu," tambahnya.

Ahad, 11 Oktober 2009

Pemilihan Ahli Majlis Daerah Sik Perlu Lebih Profesional - Naib Ketua DPPKS

Sik - Majlis Daerah Sik perlu dihidupkan kembali peranan sebenarnya dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat Sik dengan kumpulan kerja yang profesional dan bertanggungjawab. Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik, Sdr. Najib Ahmad, peluang ini terbuka luas dengan perlantikan semula ahli majlis Sik bagi penggal 2010 -2011. Perkhimatan 10 ahli majlis daripada PAS dan PKR akan tamat pada akhir tahun ini. " Saya mencadangkan satu kaedah pemilihan yang profesional bagi mendapatkan ahli majlis yang profesional untuk mendukung hasrat ahli, parti dan Islam itu sendiri." katanya melalui e-mail kepada pemudasikdaily. "Harapan pemuda ahli majlis yang dilantik daripada PAS khususnya mestilah yang paling layak, berpengetahuan luas dalam pengurusan majlis dan berjaya membawa mesej parti kepada majlis dan masyarakat" katanya lagi.

Rabu, 7 Oktober 2009

PRK BAGAN PINANG: ISA MENANG TIPIS, SOKONGAN TERBUKA KEPADA PAS

Parti Islam Semalaysia ( Pas) menerima sokongan terbuka daripada pelabagai lapisan msyarakat dan kaum di negara ini. Suasana di Bagan Pinang menggambarkan masyarakat Melayu, Cina dan India tidak takut atau curiga menyatakan sokongan terbuka kepada PAS. Melihat kepada trend ini Isa Samad dijangka menang tipis atau Pas akan merampas kerusi tersebut. " U tengok orang PAS berapa banyak hari ini...Orang UMNO boleh bilang lah," kata seorang pengunjung kaum cina. "saya PAS, ini semua PAS, kami akan undi PAS," kata seoarang pengundi melayu di sebuah restoran. Kehadiran begitu ramai penyokong Pakatan Rakyat ke Pusat Penamaan Calon di Bagan Pinang membuatkan pemimpin BN tidak tidur lena. Apa pun masih belum terlambat untuk mereka kembali ke pangkal jalan. Serah sahaja kerusi itu kepada PAS UMNO akan dicampak ke dasar laut Port Dikcson.

Ahad, 4 Oktober 2009

Mesra Aildilfitri Bersama Cikgu Uda

DSC01067DSC01064DSCI0827DSC01063

DEWAN PEMUDA PAS SIK RANCANG MISI KE PADANG

Sik- Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik sedang menggerakkan usaha misi bantuan ke Padang bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi di sana. Menurut Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik Sdr. Badrul Hisyam Abdul Rahman, pihaknya sedang berusaha menjalinkan kerjasama dengan beberapa NGO seperti Yayasan Amal Malaysia untuk menjalankan misi menyelamat di Padang, Indonosia. "Dalam masa terdekat InsyaAllah kita akan menghantar skuad peninjau terlebih dahulu ke sana"katanya. "

MESRA AIDILFITRI BERSAMA CIKGU YA