Selasa, 27 Oktober 2009

ISU MEMALI : KETUA PEMUDA PAS KEDAH DITAHAN POLIS

ALOR STAR - Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya ditahan semasa menghantar memorandum kepada Ketua Biro akhbar Kosmo! Kedah Ahmad Syahir Kassim di Bangunan Tunku, di Alor Setar semalam. Add ImageKetua Polis Daerah Kota Setar ACP Abdul Ghafar Rajab berkata Ahmad dan seorang anggota exco Dewan Pemuda PAS Kedah itu ditahan selama satu jam untuk diambil keterangan berhubung insiden yang berlaku kira-kira 4.30 petang. Beliau berkata Ahmad kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. "Polis akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana menganjurkan perhimpunan haram tanpa permit dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana cuba menghalang penjawat awam menjalankan tugas," katanya kepada pemberita. Difahamkan, lebih 100 pemuda PAS berkumpul di hadapan Bangunan Tunku bagi menghantar memorandum sebagai tanda bantahan terhadap penyiaran artikel yang bertajuk 'Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat' yang disiarkan akhbar Kosmo! kelmarin yang mengaitkan Peristiwa Memali dengan ajaran sesat. ( BERITA BERNAMA) PETIKAN BERITA KOSMO Fakta dalam KOSMO! hari Isnin 26 Oktober 2009 / Mukasurat 11 bertajuk : Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat. tulisan oleh : ZULKIFLI MANZOR- PETIKAN BERITA KOSMO! TERSEBUT IALAH : "Meskipun hampir 3 dekad berlalu namun peristiwa Balai Polis Batu Pahat Johor diserang sekumpulan 20 pengikut ajaran sesat kira-kira 29 tahun lalu masih menjadi igauan sehingga kini " Dalam kejadian pada 16 Oktober 1980 itu sekumpulan pengikut ajaran sesat bersenjatakan parang mengamuk di balai itu menetak anggota polis dan orang awam" " Kemudian berlaku peristiwa Memali pada 19 November 1985 yang mengorbankan 18 orang dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain di Kg Memali Kedah" ' Dalam kejadian tersebut pertempuran berlaku di antara pihak berkuasa dengan penduduk kammpung yang cuba mempertahankan ketua mereka Ibrahim Libya daripada ditahan."

Tiada ulasan: