Rabu, 30 September 2009

BERSAMA MANTAPKAN PUSAT KHIDMAT PARLIMEN SIK - YB Cikgu Uda

Untuk pengetahuan pelawat sekelian, PKWR Parlimen Sik bergerak di bawah 4 Jawatankuasa utama
  1. Jawatankuasa Pentadbiran dan Kewangan

Berusaha mengemaskan pentadbiran dan mencari dana PKWR Parlimen Sik. Satu survey maklumat data kampung telah di adakan. Insyaallah kita dapat menyiapkan proses penyedian data ini dalam masa terdekat. Kita juga menjalankan aktiviti pengumpulan dana seperti;

  • Pemasaran beras
  • Perniagaan insurans kereta/ motor
  • Produk halal HPA

2. Jawatankuasa Kebajikan, Pembasmian Kemiskinan dan Ibu Tunggal

  • J/kuasa ini berusaha mengesan kehadiran golongan ini dalam masyarakat
  • Menyediakan bantuan segera yang di perlukan
  • Merujuk kepada jabatan yang berkenaan yang ada kaitan
  • Menziarahi golongan pesakit, warga Emas dan kes-kes kematian dari semasa ke semasa
  • Mengatur majlis penyampaian bantuan kemanusian yang di perlukan
  • Bantuan Ramadan
  • Bantuan Hari Raya

3. Jawatankuasa Pengajian, Pelajaran Dan Motivasi

  • Memantau sistem pengajian Pondok dan membantu di mana ada kemampuan
  • Merancang ke arah memperluaskan sistem Pengajian Pondok melalui blog PKWR
  • Merancang majlis meraikan pelajar cemerlang UPSR, PMR, SPM dan STPM
  • Menyediakan sedikit dana untuk membantu pelajar yang berjaya ke Pusat Pengajian Tinggi dalam dan luar negara
  • Mengadakan ceramah dan kem Motivasi untuk pelajar semua peringkat pengajian
  • Menyediakan dana untuk majlis Tadarrus Al Qur`an dan hari ucapan kecemerlangan sekolah-sekolah
  • Membantu gerakerja ko kurikulum

4. Unit Pembangunan, Kecemasan dan Baik Pulih Rumah

  • Rumah-rumah penduduk daif
  • Setakat ini sebanyak 71 buah rumah telah di baiki
  • Bantuan kecemasan untuk membaiki rumah yang di pukul ribut
  • –Charuk Damar
  • –Cemara
  • –Bt Besar
  • –Hujung bandar/ Kerawai
  • –Telaga batu
  • Pembinaan rumah secara gotong royong
  • Kampung Namek
  • Kampung Kuala Hai
  • PKWR menyediakan sebahagian bahan yang di perlukan

Pengunjung/ pelawat yang di hormati.

Kegiatan PKWR akan berjalan sepanjang masa. Anda semua di jemput bersama menyertai program-program ini. Anak-anak Sik dan jika anda biasa menjadi murid saya, ayuh bersama saya bergerak ke arah Sik yang lebih berjaya. Pandangan, teguran dari anda semua di alukan.

PKWR menghargai cadangan untuk mengadakan kelas tuisyen dan sebagainya. Kita memang berfikir ke arah itu. Bantulah kita untuk mencapai matlamat ini.

Terima kasih

Y.B Che Uda Che Nik

Ahli Parlimen Sik

Isnin, 28 September 2009

Pusat Khidmat Dun Angkat Belantik

Setelah hampir 18 bulan PAS memerintah Kedah, maka hari ini secara rasminya Pusat Khidmat DUN Angkat Belantik telah di buka kepada penduduk di DUN Belantik. PKAB di buka atas dayausaha MTD Belantik dan PAS Kawasan Sik. Turut hadir dalam majlis tersebut, YB Che Uda (Ahli Parlimen Sik) , YB Cikgu Ya (ADUN Jeneri), AJK MTD dan Ketua-ketua Kampung dalam DUN Belantik yang di rasmikan oleh YB Ahli Parlimen Sik.

DSC01002Dalam ucapan perasmiannya, YB Che Uda berkata “PKWR Parlimen menyokong dan yakin penubuhan PKAB dapat memberi khidmat yang baik kepada semua penduduk di sebelah DUN Belantik dan amat berharap agar dapat bergandingan bersama dengan PKWR Parlimen untuk membantu penduduk yang memerlukan bantuan seadanya. Selain itu ia juga akan memudahkan lagi Ketua-ketua Kampung berurusan terus di pejabat yang di seliakan oleh seorang Penyelaras DUN”.

Dalam Program itu juga, YB Cikgu Ya memberi sumbangan Hari Raya berupa kain pelikat kepada semua Ketua kampung yang hadir. Dalam ucapannya, YB Cikgu Ya memberi penerangan tentang isu semasa politik di sik dan akan berusaha sebaik mungkin dalam menyalurkan peruntukan kepada semua Kampung dalam DUN Belantik. “Saya meminta maaf atas kelewatan Penubuhan PKAB ini kerana terlalu sibuk dan tidak ada masa yang sesuai dan Insyaallah selepas penubuhan PKAB ini saya juga akan berusaha membahagikan masa untuk bertemu dengan penduduk di pejabat PKAB mengikut jadual yang telah di tetapkan.

Mana lebih baik, cara Selangor atau Kedah?

Zulkifli Sulong

Sejak dari awal lagi, dua negeri Pakatan Rakyat iaitu Selangor dan Kedah mempunyai pendekatan berbeza. Selangor dilihat mengamalkan dasar terbuka manakala Kedah pula mengamalkan dasar tertutup.

Tidak pasti, apakah ia benar-benar dasar kedua-dua kerajaan negeri itu tetapi itulah yang dilihat dari luar.

Kesemua Exco kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bebas memberikan pandangan masing-masing.

Masing-masing bebas membuat kenyataan akhbar, memanggil sidang akhbar apatah lagi bercakap kepada wakil-wakil media.

Isinya pula boleh menerangkan dasar dan perancangan kerajaan negeri bagi pihak portfolio masing-masing ataupun bercakap atas nama parti masing-masing.

Datuk Dr Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor, bebas bercakap tentang portfolio agama, insfrastruktor dan Melayunya bagi pihak kerajaan negeri. Ronnie Liu pula bebas bercakap tentang kerajaan tempatannya dan apa-apa perancangan mengenainya. Apatah lagi MB, Tan Sri Khalid.

ImageKerana kebebasan itulah kadang-kadang jelas kelihatan percanggahan kenyataan antara mereka dalam media walaupun bercakap dari kerajaan yang sama.

Ia juga sering digunakan oleh media BN untuk memukul Pakatan Rakyat sehingga lahirlah kenyataan kononnya parti dalam Pakatan di Selangor tidur satu bantal tetapi mimpi berbeza.

Akibat dari keterbukaan ini pula jelas amat positif dalam mematangkan Selangor dan para pemimpinnya. Mereka tidak terlalu sensitif dengan kritikan bahkan sangat terbuka.

Khalid Ibrahim, walaupun seorang yang dipanggil Yang Amat Berhormat Menteri Besar, boleh dimaki dan dikutuk secara berdepan apabila beliau berdialog dengan penduduk Seksyen 23 mengenai isu kuil Hindu. Hasilnya, isu kuil ini berjaya diselesaikan dengan baik dan cepat walaupun cuba diselesai berpuluh-puluh tahun oleh Umno dan BN yang memerintah Selangor sebelum ini.

Walaupun nampak masalahnya tetapi bagi yang mahukan keterbukaan, cara Selangor ada baiknya.

Berbeza dengan kerajaan Pakatan di Kedah. Ia dilihat sangat tertutup. Cool sahaja tanpa kelihatan sebarang masalah. Kalau adapun, ia bukan karenah para exconya tetapi dari mereka yang berada di luar kerajaan.

Tidak ramai yang mengetahui apa sebenarnya perkembangan yang berlaku di Kedah. Kalau adapun, kenyataan yang keluar adalah dari Menteri Besarnya sahaja, Datuk Seri Azizan Razak.

ImageYang terbaru, Azizan berjanji akan menyelesaikan masalah kutipan sampah di negeri itu November ini kerana janji September lepas tidak berjaya dipenuhi oleh kontraktor terbabit.

Walaupun kecoh beberapa Adun akan meninggalkan Pakatan di Selangor, namun yang berlaku adalah Adun yang juga Exco kerajaan negeri Kedah dahulu yang keluar parti dan kemudiannya dipecat dari Exco. Sebelum ia berlaku, orang luar tidak tahu pergolakan dalam kerajaan negeri itu.

Jelas bagi orang luar, Kedah cool tanpa masalah. Jelas juga kepada orang luar, Selangor panas, hari-hari bertembung dalam media. Namun, pendekatan manakah yang lebih tepat, ia belum tentu lagi. Tunggulah masanya kerana masa yang lebih tepat memberikan kata putusnya. _

Selasa, 22 September 2009

KELUHAN WANITA UMNO

Sistem politik mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat sebenarnya yang berkuasa. Rakyat yang menentukan siapa yang akan naik dan turun sebagai pemerintah. Barisan Nasional (BN) sudah diberi pengajaran betapa besarnya makna kuasa rakyat. Semua pemimpin parti komponen BN pasti tidak akan lupa keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada Mac 2008.
Mereka tahu punca berlaku kejutan besar dalam keputusan pilihan raya itu. Mereka juga sedar kenapa rakyat bertindak sedemikian selepas 51 tahun merdeka. Namun, selepas 18 bulan berlalu, apakah BN sudah banyak berubah? Apakah pemimpin parti komponen sudah lupa pada hukuman rakyat apabila suara mereka tidak dilayan dengan sebaik-baiknya?
Jika diperhatikan, selepas PRU 12, pemimpin parti komponen BN sibuk berkempen untuk merebut jawatan dalam pemilihan parti masing-masing. Hal ini berlaku dalam UMNO, MCA dan terbaru MIC.
Komponen BN tidak boleh leka, PRU 13 hanya tinggal tiga tahun sahaja lagi. Masa cukup pendek sedangkan keyakinan rakyat kepada BN belum begitu meyakinkan. Ini dapat dibuktikan melalui lapan pilihan raya kecil lalu.
Adalah wajar Perdana Menteri mengingatkan pemimpin-pemimpin dalam BN supaya tidak hanya popular di kalangan ahli parti sedangkan pada masa yang sama gagal memenangi hati rakyat. Inilah hakikatnya. Kalangan ahli komponen BN masih dengan budaya berpuak-puak dan mengejar jawatan dalam parti.
Mereka percaya apabila ada jawatan parti, peluang cerah dipilih jadi calon pilihan raya, boleh dapat projek kerajaan, dilantik memimpin kerajaan dan meraih rezeki yang berlimpah-ruah. Malah jadi calon BN tidak perlu kerja keras, nampak simbol dacing pun orang pangkah. Sebab itu begitu ramai yang ghairah untuk merebut jawatan dalam parti. Itu dahulu, sekarang rakyat sudah celik untuk menilai pemimpin politik. Rakyat tidak boleh diperbodohkan. Kak Midah
http://www.hamidahosman.blogspot.com/

Isnin, 21 September 2009

PRK BAGAN PINANG: BERANIKAH BN KETEPIKAN ISA SAMAD

MUAR 21 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) akan memilih calon yang berwibawa, dihormati dan mampu menjalankan tugas dengan baik untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, nama calon berkenaan yang memenuhi kriteria dan mengambil kira pandangan semua pihak akan diumumkan pada 29 September ini selepas perbincangan mengenainya selesai.

"Itu kriteria biasa kita gunakan. Penerimaan masyarakat setempat juga penting kerana mereka yang akan menjadi pengundi, itu juga akan diambil kira, kita mengambil kira semua perkara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Timbalan Perdana Menteri di Kompleks Seri Pekembar di Pagoh di sini hari ini.

Beliau mengulas persiapan BN dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang yang dijadual pada 11 Oktober ekoran kematian wakil rakyatnya, Azman Mohd. Nor pada 4 September lalu.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon adalah pada 3 Oktober ini manakala hari pembuangan undi pada 11 Oktober.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, BN akan menimbangkan pandangan pelbagai pihak termasuk yang mahu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai calon dalam pilihan raya berkenaan.

Beliau berkata, mesyuarat pengurusan parti dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan baru-baru ini telah menyusun dan mengatur strategi serta langkah-langkah menghadapi pilihan raya.

"Memang setiap kali menghadapi pilihan raya saya akan memanggil pengerusi dan ketua bahagian untuk memberitahu kita apa yang mereka sudah buat.

"Saya telah diberi taklimat yang terperinci langkah yang sedang disusun dan akan terus dilaksanakan dalam menghadapi pilihan raya," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, mesyuarat berkenaan tidak menyentuh soal calon.

Sabtu, 19 September 2009

Serah Cepat atau Terima Balasan Allah- Doa Tok Guru

Menteri besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak mempercepat pembayaran balik sejumlah RM1 Bilion hasil royalti minyak milik negeri itu.

Bercakap ketika menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu pagi ini, beliau berharap ia dapat disegerakan kerana tiada sebab untuk kerajaan memperlewat bayaran royalti memandangkan ia adalah dari dari Petronas dan bukannya dari dana kerajaan pusat.

“Saya amat berharap Najib dapat mempertimbangkannya untuk disegerakannya, peruntukkan pusat kepada kerajaan negeripun beliau dapat beri inikan pula duit secara terang-terang adalah milik Kelantan,jadi tiada sebablah beliau nak perlengahkan lagi.” katanya.

Tuan Guru juga turut memanjatkan doa kepada Allah swt dan turut diaminkan lebih 5000 yang hadir di kuliah mingguan tersebut agar membuka pintu hati Perdana Menteri supaya mempercepatkan pembayaran royalti minyak milik kerajaan Kelantan tersebut.

Sebelum itu, Nik Abdul Aziz turut merasmikan pelancaran Tabung Pelancaran Program pembiayaan Pelajar Palestin di negara ini yang dianjurkan oleh Misi Cakna Palestin Kelantan.

Seramai 24 pelajar dari negara Palestin yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti tempatan yang menduduki pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan juga Doktor Falsafah telah dibiayai diantara RM500 hingga RM 2000 sebulan hasil sumbangan rakyat negeri Kelantan.

Sebelum ini,Misi Cakna Palestin telah berjaya mengumpul sejumlah RM1.4 juta dalam kempen Membantu rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi.

Rabu, 16 September 2009

Syukuri Nikmat Aildilfitri

Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik (DPPKS) ingin mengucapkan selamat menyambut Aildilfitri kepada semua warga Sik. Mudah-mudahan Ramadhan meninggalkan seribu hikmah dan rahmah kepada kita. Sebagai sayap kanan kepada gerakan Islam, DPPKS mengharapkan seluruh umat Islam di dunia kembali sedar dan insaf tentang hakikat fitrah manusia. Manusia perlukan keadilan, kesaksamaan dan pengabdian kepada penciptanya. Malangnya dunia Islam masih bergelora dengan sikap umat Islam sendiri yang masih menolak Islam sebagai way of life. Kesannya umat Islam lemah dan ditindas oleh Kafir Mustakbirin. Sehingga kini kita masih gagal membebaskan Masjidil-Aqsa daripada cengkaman Zionis Israel. Kita masih tidak berupaya membantu rakyat Palestin, Afghanistan, Iraq, Selatan Thai daripada kezaliman dan penindasan. InsyaAllah yakinlah dan percayalah masa untuk Islam akan tiba. Saya dan EXCO DPPKS ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Badrul Hisham Abdul Rahman Ketua, Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik sessi 2009-2011.

Ahad, 13 September 2009

Hari Raya Kedua untuk Anak Perantau

Majlis Tindak Dun Jeneri akan menganjurkan Majlis Hari Raya YB Hj Yahya Abdullah ADUN Jeneri bersama anak perantau pada hari raya kedua pada tahun ini. Menurut Pengarah MTD Jeneri, Ustaz Ismail Haji Mahmud, program ini bermula pada jam 2.30 petang di Kompleks PAS Sg. Pau dengan acara majlis dailog bersama Adun Jeneri dan Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah,Sdr. Sanusi Mohd Noor serta jamuan hari raya. "ini adalah program pertama yang kita anjurkan di Sik selepas Pas memerintah Kedah bagi mendapatkan maklum balas prestasi kerajaan daripada anak-anak perantau yang turut memberikan sumbangan kepada kemenangan Pas sebelum ini" katanya yang menjangkakan kehadiran ramai anak perantau melalui akuan lisan yang beliau terima. "Datanglah..beramai-ramai, ada pengumuman penting dan kejutan yang akan kita umumkan pada hari tersebut." katannya lagi

Guru PASTI diraikan

Sik- Dewan Pemuda Pas Kawasan menganjurkan Majlis Penyampaian Hamper dan Saguhati kepada guru-guru PASTI di kawasan Sik sebagai tanda penghargaan dan penghormatan atas sumbangan mereka. Dalam majlis tersebut seramai 27 orang guru PASTI menerima sumbangan berbentuk hamper, wang tunai dan kad raya kepada pelajar PASTI. Menurut Pengarah Jabatan PASTI Sik, Sdr. Yusri Hamid, majlis ini bertujuan menyuntik semangat dan motivasi guru-guru PASTI untuk menabur bakti dalam pendidikan pra-sekolah. "saya ingin mengucapkan penghargaan kepada semua penyumbang, Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik, Ahli Parlimen Kawasan Sik dan ADUN Jeneri dalam menjayakan majlis ini.

Manakala Timbalan Ketua Pemuda Pas Kawasan Sik, Sdr. Subky Sulaiman berkata, majlis ini menunjukan kesungguhan dan komitmen Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik memajukan pendidikan Islam di Malaysia yang menjadi tuntutan agama dan perjuangan PAS itu sendiri. "Saya berharap kepada penyumbang-pemyumbang dapat meneruskan sumbangan ini bagi merealisasikan pendidikan berasaskan Islam. Juga saya berharap guru-guru PASTI akan meningkatkan prestasi keguruan mereka untuk kepentingan generasi akan datang." katanya yang juga merupakan Timbalan Pengarah PASTI Negeri Kedah.

Jumaat, 11 September 2009

Inside the Lensa

Dalam manusia mengejar kemewahan dan kesenangan hidup. Dunia tercari-cari kepimpinan masa depan yang boleh membina masa depan mereka. Kepimpinan bukan sahaja untuk mendapatkan kuasa dan pangkat tetapi mengajak manusia menghampirkan diri kepada Allah SWT dan mendekati masyarakat serta menghulurkan bantuan. Ini lah kepimpinan teladan dan IsyaAllah sejarah kepimpinan Omar Abdul Aziz akan berulang bukan satu mitos lagi. “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Al-Imran ayat 92)

Rabu, 9 September 2009

TINGKATKAN AMALAN - SU CHE UDA

Bersyukur kepada Allah diatas kurniannya kerana kita sekali lagi diberi kesempatan berada didalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini.Kini kita berada pada fasa yang ke 3 ramadhan,marilah sama-sama kita muhasabah diri kita sejauh manakah kita mengambil kesempatan untuk melakukan ibadah-ibadah yang digalakkan dibulan Ramadhan ini.Bagaimanakah dgn Solat Terawih,Tadarrus Al-Quran,bersedekah,doa serta amalan-amalan lain?Apakah kita telah lakukan atau sebaliknya? Selain daripada itu, dalam fasa yang ke 3 ini jugalah terdapat didalamnya satu peristiwa yang amat bermakna bagi seluruh makhluk iaitu peristiwa nuzululQuran…….Seperti mana firman Allah yang bermaksud “Bulan Ramadhan diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia bagi menerangkan yang haq dan yang batil”..Nabi S.A.W bersabda:Sesiapa yang biberikankan Al-Quran(Kefahaman,ilmu,hukum hakam)tetapi ia ingkar,nafi diatas apa yang telah ditetapkan Allah Maka akan di masukkan ke dalam neraka dan Allah jauh daripadanya(tidak dikurniakan rahmat dan keberkatan dalam hidupnya). Marilah sama-sama kita ketepikan segala kepentingan sementara duniawi ini dan kembali kepada segala arahan dan tegahan Allah melalui kitabnya Al-Quran dan Sunnah Rasulnya dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan.Hayati dan praktikkan apa yang kita latih didalam ibadat puasa yang kita lakukan ini seperti sifat amanah,ikhlas,sabar,jihad,menginsafi nasib mereka yang tidak bernasib baik…….Berlumba-lumbalah kita meningkatkan amalan terutama di fasa 3 Ramadhan, mudah-mudahan kita dipertemukan dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan… Selamat menyambut ramadhan dan salam aidilfitri daripada , Anwar Che Omar dan Staf PKWR Parlimen Sik

Selasa, 8 September 2009

Kisah Tentera yang dilupakan di Bagan Pinang

Email dari : http://pasns.blogspot.com
Bila sampai pilihanraya , undi pos banyak memberi kelebihan kepada BN. Dan undi pos ini adalah majoritinya anggota tentera. Tetapi banyak cerita sebenar keberanian anggota tentera kita sering dilupakan. Tiada banyak filem kisah perjuangan anggota tentera. Yang ada filem Gerak Khas dan Roda-Roda Kuala Lumpur. Sedangkan Askar Malaysia telah menyelamatkan lebih 200 askar Amerika Syarikat dalam pertempuran di Somalia pada tahun 1993 menggunakan kenderaan perisai Condor yang kekurangan dari segi persenjataan dan kekebalan. Amerika tidak mengiktiraf langsung keberanian askar Malaysia dalam filem “Black Hawk Down” , kerajaan Malaysia pun tidak ada keluar filem, drama, komik, majalah mengenai Pertempuran di Mogadishu untuk tatapan anak bangsa. Ada pejuang bangsa Melayu memprotes di Hollywood atau kedutaan Amerika Syarikat pembohongan filem “Black Hawk Down” yang melibatkan 19 Rejimen Askar Melayu Diraja ? Kepada askar-askar di Bagan Pinang, nilailah sendiri penghargaan yang diberikan. Kini askar Malaysia masih menggunakan kereta perisai Condor yang terlalu uzur , tua yang membahayakan anggota tentera dan orang awam. Sila baca pautan berikut untuk mengikuti kisah sebenar Battle of Mogadishu http://ikhwanfikri.blogspot.com/2009/03/kisah-sebenar-black-hawk-down.html http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1003&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm&arc=hive GEMPUR ! WIRA ! Kepada petugas Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang contohi semangat anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja yang melakukan sesuatu yang difikirkan mustahil dalam Battle of Mogadishu. Askar Pakistan dengan kereta kebal berundur. Askar Amerika pun tidak dapat menyelamatkan tentera mereka sendiri. Askar Malaysia yang kurang dalam serba serbi diberi kejayaan dengan izin Allah.

Untuk Renungan Sahabat Ku Pemuda Umno.

Marilah sahabat-sahabat ku pemuda Umno, kita renungkan sebentar anak-anak yang tidak berdosa ini, mereka juga menyanyangi Islam walaupun dengan cara mereka sendiri. Percayalah Islam menjamin kita bahagia dunia dan akhirat InsyaAllah.... Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama menghayati Islam yang sebenar. Lupakanlah Umno yang hanya Islam dibibir, mungkin didalam suasana ramadhan yang terakhir ini kita dapat memohon kepada Allah supaya kita digolongkan didalam orang-orang yang beriman, marilah kita berqiamullail dan bertahajud memohon Allah memberi petunjuk kejalan yang benar ini.

Program Sumbangan Baju Raya & Hamper Aidilfitri

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik akan melaksanakan program Sumbangan "BAJU RAYA & HAMPER RAYA" kepada Fakir Miskin di dalam Kawasan Sik. Tujuan dan objektif program ini adalah untuk membantu orang yang memerlukan sumbangan, pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik ingin menjadi penyambung antara para dermawan dengan fakir miskin, dan menyuburkan semangat ikram (tali persaudaraan) sesama kita. Program ini memerlukan jasa baik YB,Dato,Datin,Tuan,Puan,Saudara,Saudari bagi menjayakan misi program ini. Sehubungan itu YB,Dato,Datin,Tuan,Puan,Saudara,Saudari bolehlah menghubungi (Setiausaha) Sdr. Mohd Fakhrul Rizal di talian 019-5062007 untuk keterangan lanjut. SUMBANGAN seperti berikut :- 1. Ringgit Malaysia (RM) 2. Baju Raya 3. Hamper (RM25-1 hamper) * Beras pulut,gula,milo,susu,teh, dan lain-lain. Bank In boleh dibuat atas nama (BIMB) : DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SIK No. Akaun : 02084010022679

Isnin, 7 September 2009

GERAK & SAHUR

Ketua Penerangan DPPKS, Mohd Nasri berkata program ini bukan sahaja sekadar turun memberi sumbangan kepada fakir miskin tetapi ianya program menyatu dan mengeratkan silaturahim sesama ahli jawatankuasa dewan pemuda sendiri. Dalam program tersebut, agenda seperti Qiamulail dan tazkirah ramadhan diadakan didalam suasana harmoni dan sejahtera. Menurut Ketua Kg. Tanjung Besar Mat Isa Abd Rahman yang lebih dikenali dengan Paklang Mat Isa, pemuda adalah pelapis masa depan ."Program seperti ini perlu diperbanyakkan dalam suasana kita diberi ujian kemanangan ini ,"katanya pada majlis bersahur dirumahnya sendiri pagi ini. Turut serta YB. Haji Yahya Abdullah dan En. Anuardi Abu Bakar yang sama-sama menyerikan program tersebut.