Ahad, 13 September 2009

Hari Raya Kedua untuk Anak Perantau

Majlis Tindak Dun Jeneri akan menganjurkan Majlis Hari Raya YB Hj Yahya Abdullah ADUN Jeneri bersama anak perantau pada hari raya kedua pada tahun ini. Menurut Pengarah MTD Jeneri, Ustaz Ismail Haji Mahmud, program ini bermula pada jam 2.30 petang di Kompleks PAS Sg. Pau dengan acara majlis dailog bersama Adun Jeneri dan Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah,Sdr. Sanusi Mohd Noor serta jamuan hari raya. "ini adalah program pertama yang kita anjurkan di Sik selepas Pas memerintah Kedah bagi mendapatkan maklum balas prestasi kerajaan daripada anak-anak perantau yang turut memberikan sumbangan kepada kemenangan Pas sebelum ini" katanya yang menjangkakan kehadiran ramai anak perantau melalui akuan lisan yang beliau terima. "Datanglah..beramai-ramai, ada pengumuman penting dan kejutan yang akan kita umumkan pada hari tersebut." katannya lagi

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

di Sik ada MTD jeneri saja ka, mentang-mentang la ramai pimpinan utama Sik orang jeneri, semua program mtd jeneri di angkat jadi program kawasan sik.

orang & orang-orang blatik