Isnin, 21 September 2009

PRK BAGAN PINANG: BERANIKAH BN KETEPIKAN ISA SAMAD

MUAR 21 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) akan memilih calon yang berwibawa, dihormati dan mampu menjalankan tugas dengan baik untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, nama calon berkenaan yang memenuhi kriteria dan mengambil kira pandangan semua pihak akan diumumkan pada 29 September ini selepas perbincangan mengenainya selesai.

"Itu kriteria biasa kita gunakan. Penerimaan masyarakat setempat juga penting kerana mereka yang akan menjadi pengundi, itu juga akan diambil kira, kita mengambil kira semua perkara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Timbalan Perdana Menteri di Kompleks Seri Pekembar di Pagoh di sini hari ini.

Beliau mengulas persiapan BN dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang yang dijadual pada 11 Oktober ekoran kematian wakil rakyatnya, Azman Mohd. Nor pada 4 September lalu.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon adalah pada 3 Oktober ini manakala hari pembuangan undi pada 11 Oktober.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, BN akan menimbangkan pandangan pelbagai pihak termasuk yang mahu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai calon dalam pilihan raya berkenaan.

Beliau berkata, mesyuarat pengurusan parti dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan baru-baru ini telah menyusun dan mengatur strategi serta langkah-langkah menghadapi pilihan raya.

"Memang setiap kali menghadapi pilihan raya saya akan memanggil pengerusi dan ketua bahagian untuk memberitahu kita apa yang mereka sudah buat.

"Saya telah diberi taklimat yang terperinci langkah yang sedang disusun dan akan terus dilaksanakan dalam menghadapi pilihan raya," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, mesyuarat berkenaan tidak menyentuh soal calon.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau BN nak menang...Letak Calon Isa Samad sebagai calon....kalu nak kira rekod semua AHLI dan Pemimpin BN ada rekod buruk...tetapi Isa Samad adalah yang terbaik dalam yang terburuk.

Pengalisis politik