Isnin, 10 Ogos 2009

Isu Arak : Tahniah & Syabas Kepada PAS Selangor

UMNO Selangor mengambil peluang untuk memperlekehkan PAS Selangor kerana dianggap ‘baru bangun dari tidur’ kerana lewat mengambil tindakan terhadap penjualan arak di Selangor. Ketua penerangan UMNO Selangor, Abdul Syukur Idrus mempersoalkan peranan tiga exco PAS yang berada di dalam Kabinet PR memerintah negeri Selangor hari ini yang dilihat tidak berupaya untuk membenteras penjualan arak di Selangor khususnya Shah Alam.

Dr Khir Toyo juga dalam posting terbarunya “Menang Sorak, Kampung Tergadai” dalam blog www.drkhir.com juga membuat ulasan yang berkaitan dengan isu rampasan arak di SA.

Mesyuarat Penuh Dewan Pemuda PAS Pusat pada hari Sabtu yang lalu juga membicangkan isu yang berlaku di SA ini.

Ada beberapa kemungkinan yang tidak begitu jelas pada pandangan dan ingatan sdr Abdul Syukur terhadap isu arak ini.

1. PAS bersama PR baru sahaja memerintah negeri Selangor sedangkan UMNO telah mengetuai kerajaan negeri Selangor sejak merdeka lagi, sepatutnya perkara ini telah selesai ketika Selangor dipimpin oleh UMNO,

2. PAS mengambil tindakan mengedarkan 80 ribu risalah untuk memberikan kesedaran kepada rakyat dengan harapan rakyat akan menyedari dan membawa kepada sokongan terhadap tindakan PAS di Selangor kerana UMNO Selangor tidak ada kemampuan untuk mencetak dan mengedarkan risalah tersebut satu ketika dahulu,

3. Sdr Abdul Syukur menyebut bahawa “Keputusan ada di tangan mereka, sebab mereka sebahagian daripada kerajaan” terhadap 3 exco PAS di Selangor sedangkan sebelum ini MB Selngor sendiri dilantik daripada kalangan pemimpin UMNO yang sudah tentu lebih besar keputusan yang boleh dicapai ketika itu,

4. Abdul Syukur ingin melihat ‘kebijaksaan PAS sebagai kerajaan menangani isu ini. Bermakna, UMNO tidak bijaksanakah ketika memerintah Selangor dalam menangani isu ini?

5. Abdul Syukur juga berkata, “Kita nak tengok kebolehan PAS. Mereka juga ingat bahawa mereka jauh lebih Islam daripada Umno”. Ada kemungkinan bahawa Abdul Syukur cuba untuk memberikan gambaran bahawa dengan membenarkan arak dijual di Selangor sebelum ini adalah satu contoh bahawa UMNO lebih Islam daripada PAS.

Saya percaya isu penjualan arak di Selangor akan diselesaikan dengan semangat kerjasama yang harmoni walaupun anasir-anasir luar memang menunggu masa untuk memporakperandakan Pakatan Rakyat di Selangor.

Tahniah kepada Pemuda PAS Selangor yang telah berjaya mengadakan pertemuan dan menyerahkan memorandum kepada Ronnie Liu berkaitan isu ini. (sahabat SA)

Tiada ulasan: