Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik (DPPKS) ingin mengucapkan selamat menyambut Aildilfitri kepada semua warga Sik. Mudah-mudahan Ramadhan meninggalkan seribu hikmah dan rahmah kepada kita. Sebagai sayap kanan kepada gerakan Islam, DPPKS mengharapkan seluruh umat Islam di dunia kembali sedar dan insaf tentang hakikat fitrah manusia. Manusia perlukan keadilan, kesaksamaan dan pengabdian kepada penciptanya. Malangnya dunia Islam masih bergelora dengan sikap umat Islam sendiri yang masih menolak Islam sebagai way of life. Kesannya umat Islam lemah dan ditindas oleh Kafir Mustakbirin. Sehingga kini kita masih gagal membebaskan Masjidil-Aqsa daripada cengkaman Zionis Israel. Kita masih tidak berupaya membantu rakyat Palestin, Afghanistan, Iraq, Selatan Thai daripada kezaliman dan penindasan. InsyaAllah yakinlah dan percayalah masa untuk Islam akan tiba.
Saya dan EXCO DPPKS ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.
Badrul Hisham Abdul Rahman
Ketua,
Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik
sessi 2009-2011.
1 ulasan:
Catat Ulasan