Isnin, 9 November 2009

NILAI PRESTASI AHLI MAJLIS - LANDAS

SUNGAI PETANI – Ada beberapa artikal yang saya kutip dari web kedahlanie yang menarik perhatian saya untuk sama-sama kita renungi dan saya paparkan dalam web LANDAS ini untuk menilai semula prestasi mereka. Saya tidak berhajat menghalakan kritikan ini secara individu. Secara umumnya banyak masalah diperingkat pentadbiran majlis perbandaran dan kerajaan tempatan tidak dipantau dengan turun padang mengumpul maklumat serta dibawa keperingkat mesyuarat Ahli Majlis.

Saya bersama aktivis Landas sering menghadapi masalah apabila kami turun padang membuat pemantauan isu-isu sosial, kebersihan, keceriaan, pusat-pusat perniagaan dan macam-macam masalah lagi yang tidak perlu dipaparkan disini. Ada juga ahli majlis mesyuarat yang dimaklumkan dan diminta bersama turun padang melihat sendiri situasi dan kondusi sebenarnya. Malangnya, jawapan yang diterima, “awak kumpulkan maklumat tersebut dan bagi pada saya untuk dibawa dalam mesyuarat nanti”. Ada yang lebih malang sekali jawapan yang diterima, “saya tak sempat dan letih”. Faktur usia juga dijadikalan alasan tak dapat bersama turun padang.

Pada pihak kami aktivis LANDAS hanya merupakan sukarelawan yang tidak mendapat apa-apa elaun daripada kerajaan negeri. Apa yang kami lakukan semata-mata sayangkan kerajaan negeri, lebih-lebih lagi isu-isu gejala sosial yang melanda di kawasan majlis perbandaran dan kerajaan tempatan. Sepatutnya ahli majlis mesyuarat yang dilantik kena membuat persiapan sebelum menghadiri mesyuarat. Faham peraturan, pentadbiran dan peruntukan undang-undang yang tersedia ada di peringkat majlis daerah, majlis perbandaran dan kerajaan tempatan.

Mereka sepatutnya membuat pemantauan dari dekat premis perniagaan yang menjalankan perniagaan tanpa lesen dan lesen yang diberikan pula melanggar syarat-syarat lesen yang dikeluarkan. Masakan mampu untuk mengemukan idea-idea yang bernas jika hadir mesyuarat tidak membuat persiapan dan memahami peraturan dan pentadbiran pentadbiran kerajaan tempatan.

Memegang jawatan tinggi dalam parti di peringkat cawangan, kawasan (bahagian) tidak sama dengan jawatan diperingkat pentadbiran kerajaan tempatan. Ceramah dan mengajar di masjid dan disurau tidak sama berada dalam mesyuarat majlis. Sayang sekali jika pihak kerajaan negeri melalui exco tertentu melantik ahli majlis hanya semata-mata memegang jawatan penting dalam parti. Sedangkan mereka tidak mampu mengurus dan memantau masalah-masalah diperingkat kerajaan tempatan.

Saya tertarik dengan ahli majlis yang dipilih di Negara jiran kita Thailand. Mereka dipilih melalui pengundian diperingkat rakyat. Orang yang betul-betul layak sahaja yang dicalunkan. Oleh sebab itu ramai di kalangan NGO yang terpilih mendudukki sebagai ahli majlis perbandaran dan kerajaan tempatan. Sebab mereka sentiasa berada di lokasi-lokasi bermasalah. Mereka melihat sendiri masalah diperingkat tempatan dan mengumpul fakta-fakta masalah untuk dibawa kemesyuarat majlis.

Untuk pengetahuan dan tidakan sahabat saya Setpol MB – Saudara Sanusi. Penentu imej dan kekuatan kerajaan negeri juga ada kaitan dengan prestasi ahli majlis yang dipilih. Kami daripada aktivis LANDAS mendesak pihak kerajaan negeri menilai semula prestasi ahli majlis yang sedia ada dan tidak silap melantik yang baru, yang betul-betul mampu serta amanah. Jangan pilih atas sebab jawatan penting dalam parti.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kepada pelayan blog ini, anda boleh layari blog yang lebih sensasi dan meletup di pasaran : www.jiluljihad.blogspot.com