Sabtu, 18 Julai 2009

JAMBORI AMAL SIK SEMAI SEMANGAT JIHAD - PENGARAH UNIT AMAL SIK

Program Jambori Amal Sik anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik 2009 yang berlangsung pada 16, 17 dan 18 Julai 2009 baru-baru ini telah berhasil membentuk semangat jihad yang tinggi di kalangan pemuda-pemuda Sik untuk mempertahankan kemuliaan Islam. Menurut pengarah Unit Amal Sik Sdr. Najib Ahmad, program ini dihadiri hampir 50 pemuda daripada seluruh sik dan mendapat perhatian menggalakan daripada penduduk berdekatan tapak kem di Kg. Chepir, Sik, Kedah. " Tujuan program ini adalah bertujuan mengaktifkan semula Unit Amal Sik dan meningkatkan tahap persaudaraan dan cintakan Islam yang tinggi di kalangan peserta telah berjaya dicapai", katanya kepada pemudasikdaily. " Apa yang penting kita nak semaikan semangat jihad kepada pemuda-pemuda ini," katanya lagi. Beliau seterusnya menyatakan program ini akan diadakan secara berkala dan bersiri dari masa ke semasa.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam dan tahniah kepada Jabatan amal Sik kerana telah berjaya mengadakan Jambori Amal Kawasan yang lalu.

Walaupun difahamkan tak banyak cawangan yang turut serta, hanya ada lebuih kurang 50 orang sahaja termasuk Urusetia, kata peserta yang hadir di jambori itu..

Dan tahniah kepada pemuda DUN Jeneri kerana menghantar banyak peserta dan menjadi Johan keseluruhan. DUN Belantik hanya ada Cawangan Charuk Sireh sahaja. itupun kerana Charuk Sireh menjadi tuan rumah..Betapa lemahnya pemuda DUN Belantik ataupun kelemahan penyelaras Amal Kawasan, Saudara Najib Ahmad..Mungkin kerana Saudara najib orang tak kenal seperti mana mana pimpinan Amal yang lama..Atau Najib tidak mengikut telunjuk orang lama lama..
Atau Najib sedang berada di bawah bayang bayang seseorang yang di benci oleh pimpinan Amal Yang lama..

Sedarlah wahai pemuda, kalau kita masih ada sikap mencari jemaah dalam jemaah.. padah lah Dewan Pemuda Pas kawasan Sik.

Atau perlukah kita suruh saudara Najib letak jawatan?

A J K pemuda sendiri pun ada yang tidak hadir dalam program Anjuran Saudara Najib.Yang saya kenal, saudara najib adalah seorang pembangkang yang keras..Mungkin apa yang di bangkangnya, adalah betul ataupun salah..

Bangkangan yang seumpama, teguran membina..

Aku bukan nak sokong saudara Najib, tp aku rasa program Amal yang lepas sangat berjaya.. banyak kelainan yang di lakukan oleh Saudara Najib...

Kita perlu mempelajari lagi apa yang selalu kita katakan WALA'

WALA' yang selalu di laungkan oleh semua peringkat, PAS Kawasan Mahupun Pemuda..

Selagi hati hitam dengan DENDAM tak bertempat, selagi itulah kita akan menjadi seperti SAUDARA YANG MENGAKU ISLAM, TAPI SANGGUP MEMANCUNG KEPALA SAUDARANYA....

Jangan kita hanya berbangga dengan benda yang lama sehingga kita tidak mahu pada perubahan benda baru..