Sik- Dewan Pemuda Pas Kawasan menganjurkan Majlis Penyampaian Hamper dan Saguhati kepada guru-guru PASTI di kawasan Sik sebagai tanda penghargaan dan penghormatan atas sumbangan mereka.
Dalam majlis tersebut seramai 27 orang guru PASTI menerima sumbangan berbentuk hamper, wang tunai dan kad raya kepada pelajar PASTI.
Menurut Pengarah Jabatan PASTI Sik, Sdr. Yusri Hamid, majlis ini bertujuan menyuntik semangat dan motivasi guru-guru PASTI untuk menabur bakti dalam pendidikan pra-sekolah.
"saya ingin mengucapkan penghargaan kepada semua penyumbang, Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik, Ahli Parlimen Kawasan Sik dan ADUN Jeneri dalam menjayakan majlis ini.
Manakala Timbalan Ketua Pemuda Pas Kawasan Sik,Sdr. Subky Sulaiman berkata, majlis ini menunjukan kesungguhan dan komitmen Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik memajukan pendidikan Islam di Malaysia yang menjadi tuntutan agama dan perjuangan PAS itu sendiri.
"Saya berharap kepada penyumbang-pemyumbang dapat meneruskan sumbangan ini bagi merealisasikan pendidikan berasaskan Islam. Juga saya berharap guru-guru PASTI akan meningkatkan prestasi keguruan mereka untuk kepentingan generasi akan datang." katanya yang juga merupakan Timbalan Pengarah PASTI Negeri Kedah.
1 ulasan:
Tanpa Nama
berkata...
Tahniah kepada DPPKS. saya mengharapkan agar Program ini akan menjadi acara tahunan pemuda.
1 ulasan:
Tahniah kepada DPPKS. saya mengharapkan agar Program ini akan menjadi acara tahunan pemuda.
Catat Ulasan